TIDAK ADA USAHA SEBENAR UNTUK MERAPATKAN PERHUBUNGAN DIANTARA MELAYU DI MALAYSIA DAN INDONESIA DAN SELURUH NUSANTARA.

…YANG ADA CUMA PERMAINAN ANAK-ANAK SAHAJA SEPERTI TINDAKAN GAPENA DAN ISWAMI DAN PERTUBUHAN LAIN-LAIN.
Oleh Mansor Puteh



Orang di Indonesia sering gemar mempersendakan orang Malaysia dengan berkata benarkah orang Melayu Malaysia berkata ‘injak-injak bumi, ‘pusing-pusing kota’ dan ‘rumah sakit korban laki-laki’…

Ini yang membuat orang Melayu di Malaysia dan Indonesia benar-benar pusing yang pada orang di Indonesia bermaksud ‘pening’ atau ‘risau’.

Dan yang mahu ‘injak-injak’ Cuma pemimpin di kedua buah negara dan sekarang mereka dalam Iswami. Mereka yang berlari di tempat yang sama cuba untuk mengatasi masalah kecil sementara masalah utama tidak disentuh sebab mereka tidak tahu apa masalah ini.

Amat membosankan!

Forum setiakawan Malaysia-Indonesia yang diadakan awal Januari lalu di Rumah Gapena. terlalu membosankan. Ia tidak lain satu celoteh keanak-anakan yang membincangkan perkara lama di tahab yang begitu rendah sekali.

Alahai, mereka sekadar orang yang mempunyai pendapat biasa sahaja; jadi masakan mereka peka tentang masalah utama ini? Mereka akhirnya tarik perhatian media yang mereka ada kuasa dengan menganjurkan acara kecil dan ‘berinjak-injak’ di situ sahaja.

Dan ahli Iswami terdiri dari wartawan sahaja.
Sementara rakyat kedua buah negara menunggu bila ada usaha sebenar merapatkan perpaduan Bangsa Melayu di seluruh Nusantara Melayu.

Ahli panel yang dijemput berceloteh panjang. mereka tidak tahu faktor sebenarnya kenapa ada perbalahan diantara beberapa kelompok kecil di Indonesia terhadap malaysia.

Masalah sebenarnya kini berpunca di Indonesia dan bukan di Malaysia dengan perbezaan ketara dalam bidang ekonomi yang meruncing sebab pemimpin Melayu di kedua buah negara tidak sehati, tidak sekata, dan tidak tahu buat perancang untuk mengguna segala yang ada di kedua buah negara untuk membantu sesama sendiri.

Jadi akhirnya ada orang di Indonesia yang anggap Malaysia petualang kepada kemunduran negara mereka dan Malaysia pula boleh mendabik dada kata Melayu di Malaysia lebih maju berbanding dengan Melayu di Indonesia – dan sekarang pula di Singapura.

Akhirnya apa yang berlaku ialah, Melayu di Nusantara yang mundur dan terkebelakang.

Selepas forum di Rumah Gapena dan acara di Bandung anjuran Iswami, keadaan di Malaysia dan Indonesia tetap sama. Itulah kesannya – tidak ada!

Sebenarnya masalah diantara Indonesia dan Malaysia dan Nusantara Melayu berpunca dari Perjanjian Inggeris-Belanda dalam bulan Januari, 1824 dahulu bila kedua buah negara Kristen dan Katolik memecah-belahkan Dunia Melayu atau Nusantara Melayu seperti mereka bermain dengan barang dagangan.

Orang Melayu tidak dirujuk; mereka buat sesuka hati. Inggeris ambil Tanah Melayu sementara Belanda ambil bahagian Indonesia.

Maka wujudlah dua buah negara, yang dulunya tidak berpisah. Rakyat dan Orang Melayu bersaudara dan bersahabat. Mereka boleh pergi dan datang sesuka hati.Tiba-tiba Malaysia dan Indonesia terletak di bawah dua pengaruh.

Indonesia yang akhirnya rasa tertekan. Mereka rasa kecil dan rendah diri – pendek kata, mereka rasa malu.

Sebabnya ialah mereka tertakluk di bawah Belanda – sebuah kuasa Eropah dan Barat yang kecil dan tidak penting.

Sehingga sekarang Belanda tidak berpengaruh di dunia. Malah bahasa mereka juga tidak penting dan diguna oleh ramai.Sebaliknya, Malaysia berada di bawah Inggeris, boleh dikatakan maju dan mudah berhubung dengan masyarakat dunia.

Dan Malaysia dianggap sebagai pusat perkembangan Bahasa Melayu sedangkan Indonesia masih belum lagi tahu mengguna bahasa ini dengan baik.

Mereka masih menggunanya dengan mempunyai loghat Jawa yang begitu pekat.

Awal tahun 1970an dahulu agensi bahasa kedua buah negara membuat keputusan untuk menyeragamkan ejaan. Dan ini telah berjaya mengangkatkan pengunaan Bahasa Melayu di Indonesia, dan ramai orang Melayu di Malaysia dan negara Melayu lain mula faham apa yang mereka katakana dan tuliskan.

Sebelum ini mereka mengguna sistem ejaan ala Belanda dan perkataan-perkataan penuh dengan bahasa Jawa, Sunda dan sebagainya, sehinggakan sukar untuk orang Melayu di luar Indonesia faham.

Namun demikian, orang Indonesia masih menghadapi masalah sebutan, dan sehingga kini mereka masih belum lagi boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan betul dan baik – untuk perhubungan seharian.

Untuk perhubungan rasmi, mereka boleh dikatakan baik.
Dan kalau ada orang di Indonesia yang mahu melenting membaca ulasan ini, dan mereka mahu anggap Bahasa Melayu mereka lebih baik dari di Malaysia, mereka boleh dikatakan hanya menipu diri sendiri.

Kalau ya, mereka baik bertutur dalam Bahasa Melayu, kenapa ia masih pekat dengan loghat Jawa?

Dan kenapa kalau mereka berdeklamasi sajak dan menyanyi, pertuturan mereka baik dengan tiba-tiba, tidak ada loghat Jawa dan perkataan dari suku seperti Jawa, Sunda dan lain-lain?

Kenapa bila pemimpin mereka bercakap dan pegawai mereka menulis, cara mereka teratur dan mirip seperti cara di Malaysia dan juga Brunei?

Ini membuktikan bahawa Bahasa Melayu dari segi pertuturan yang didengar seharian dan dalam drama televisyen mereka yang dikenali dengan panggilan ‘sinetron’ atau ‘sinema elektronik’ salah; ia adalah bahasa pasar dan bukan bahasa Melayu betul dan baik.

Ini sebenarnya punca kenapa ada perbalahan diantara Indonesia dan Malaysia. Mereka mahu menunjuk tetapi tidak tahu punca kenapa mereka berperangai ‘jelek’ seperti itu.

Mereka juga sedar Malaysia lebih maju dan terdapat jutaan rakyat mereka merempat di Malaysia berkerja di Malaysia.

Tetapi ini semua faktor yang boleh diambil kira untuk mencari jalan mengatasinya.
Dan caranya bukan dengan menubuhkan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia atau Iswami.

Iswami berangan-angan mahu ambil alih peranan pakar. Mereka hanya wartawan yang menjadi wartawan sebab mereka ada pekerjaan di akhbar.Tetapi bila mereka keluar dari akhbar mereka tidak lagi layak jadi ahli Iswami, dan segala cadangan dan perancangan mereka tidak berguna lagi.

Dan acara yang mereka adakan di Bandung amat menggelikan hati. Ia langsung tidak kena-mengena dengan bidang mereka.

Dan adalah amat menghairankan sebaik sahaja Iswami ditubuhkan perbalahan terus tercetus di Jakarta bila anak-anak dari kumpulan bukan Islam bernama Bendera merampok di luar bangunan kedutaan besar Malaysia di Jakarta.Beberapa suratkhabar di sana terus meniupkan api kebencian terhadap Malaysia yang menggalakkan kumpulan ini dan juga Laskar Merah-Putih (LMP) merampok.

Jadi, mana pengaruh Iswami dikalangan rakan mereka dalam media di Indonesia?

Mujur Bendera dan LMP tidak merusuh semasa pertandingan akhir Piala AFF Suzuki 29 Disember tahun lalu diantara Malaysia dan Indonesia, walaupun ramai penyokong Indonesia telah bersikap tidak senonoh.

Bendera dan LMP telah ditumpaskan dengan psykologi yang dimainkan oleh Utusan yang menyiar berita tentang siapa mereka dan siapa dalang di belakang semua kegiatan dan tindakan mereka.
Sementara itu Iswami duduk berdiam tidak tahu apa yang mereka boleh lakukan.

Mereka tidak boleh melakukan apa-apa kecuali mengadakan acara kecil seperti yang dilakukan di Bandung Januari lalu. Itu sahaja tahab mereka.

Dan beberapa perjanjian telah dimeterai diantara syarikat kecil di Malaysia dan Indonesia, tetapi sejauh manakah ia akan berhasil?

Perbalahan diantara Indonesia dan Malaysia yang tercetus oleh puak di Indonesia boleh terus berlaku bila keadaan mendesak mereka.

Dan Iswami, Gapena atau kumpulan Dunia Melayu/Dunia Islam atau DMDI tidak boleh meleraikannya.

Sebebnya ialah kesemua pertubuhan ini tidak tahu punca sebenar perbalahan ini. Mereka cuma tahu cari jalan kecil dan mudah yang boleh menarik perhatian media buat seketika.

Comments

Anonymous said…
how to get facebook likes
get facebook likes
buy facebook fans
get facebook fans
buy facebook likes

http://karankash.webs.com/apps/profile/75160439/
http://hopeinabag.webs.com/apps/profile/75160439/
http://www.dragonflykingdom.com/apps/profile/75160439/
http://myimmortalrehost.webs.com/apps/profile/75160439/
http://glenprairie.webs.com/apps/profile/75160439/


buy facebook fans
how to get facebook likes
get facebook fans buy facebook fans
without all the risk of virus's? etc.
_________________
buy facebook likes [url=http://dsitube.webs.com/apps/profile/75160439/]get facebook likes[/url] buy facebook fans buy facebook likes