PEMIMPIN-PEMIMPIM MALAYSIA DAN INDONESIA SYOK SENDIRI.

…MEREKA MEMPUNYAI ANGAN-ANGAN MAT JENIN MAHU PUPUK PERSAUDARAAN DIANTARA KEDUA BUAH NEGARA TETAPI TIDAK TAHU BAGAIMANA IA BOLEH DILAKUKAN. MEREKA HANYA TAHU BERPELUK-PELUK DAN BERI UCAPAN PANJANG DAN KOSONG.
Oleh Mansor Puteh



MACAM-MACAM CARA TELAH MEREKA LAKUKAN SEPERTI MENUBUH KUMPULAN TOKOH TERBILANG ATAU ‘EMINENT PERSONS GROUP’ (EPG) DAN PIHAK MEDIA TUBUHKAN PULA ASWAMI.

KESEMUANYA GAGAL; IA HANYA BERJAYA MENARIK PERHATIAN MEDIA DAN MENAIKKAN IMEJ BEBERAPA ORANG.

PEMIMPIN MALAYSIA DAN INDONESIA TIDAK TAHU PUPUK PERSAUDARAAN DIANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA. MEREKA TIDAK TAHU PUPUK PERHUBUNGAN DIANTARA NEGARA-NEGARA ISLAM.

Mereka hanya tahu untuk menubuhkan pertubuhan negara-negara islam atau ‘Organization of Islamic Countries’ (OIC) tetapi tidak tahu menggunanya dengan betul walaupun pertubuhan ini sudah wujud sekian lama.

Mereka hanya tahu berpeluk-peluk beri ucapan panjang-lebar puji diri sendiri, tetapi rakyat kedua buah negara bergelut dengan perbalahan remeh-temeh.

Masalahnya ialah semua pemimpin Melayu di Malaysia dan Indonesia terlalu pentingkan kedudukan masing-masing dan diri sendiri.

Dan mereka hanya boleh lihat dunia dari kacamata yang sempit mereka. Mereka gemar dipuji dan disanjong.

Sekali-sekala mereka turun padang untuk tunjuk muka – atau untuk mendapat perhatian media, kononnya mereka peka.

Mereka tidak peka; mereka tetap pekak kepada tuntutan rakyat jelata.

Bukti kejahilan mereka dan kesilapan mereka terserlah bila tercutusnya perbalahan tentang perkara-perkara yang dianggap remeh-temeh.

Dan dari perbalahan yang tercetus itu maka terserlahlah kepincangan dan kebodohan mereka dan hulubalang mereka yang sehingga kini gemar pentingkan diri masing-masing.

Dalam bahasa Inggeris, boleh dikatakan, pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia terlalu ‘self-centered and self-important. they do not know what are good for themselves, but not knowing what are good for the people of the two countries. They like to live in a world of fantasy.’

Jadi apa yang berlaku sekarang sebenarnya adalah disebabkan apa yang pemimpin di Malaysia dan Indonesia tidak lakukan dulu sebab mustahil perbalahan yang muncul sekarang boleh wujud dengan tiba-tiba tanpa ia dibenarkan berlaku oleh pemimpin kedua buah negara yang tidak peka dengan kehendak rakyat dikedua buah negara.

Mereka hanya tahu untuk puji diri sendiri dan tidak tahu merapatkan perhubungan sesama bangsa dan diantara kedua buah negara dengan mengguna cara-cara melampaui politik.

Cara diplomasi mengutamakan pemimpin negara tidak sesuai dalam era sekarang dan ugama dan bangsa yang sama tidak menentukan perhubungan sentiasa era.

Tidak ada seorang perdana menteri Malaysia dan presiden Indonesia yang telah mengorak langkah kukuh untuk mewujudkan persefahaman diantara kedua buah negara.

Menteri-menteri kebudayaan dan luar negeri masing-masing semuanya tidak tahu guna cara untuk merapatkan perhubungan; kesemua mereka beria-ia pandan menunjukkan muka mereka dalam acara rasmi dan berpidato dengan lebar memberi pandangan yang tidak menyakinkan, yang mempunyai kandongan yang cetek.

Mereka mahu bergembira dan dapat tarik perhatian media kedua buah negara. Ini sahaja yang mereka tahu untuk melakukan.

Dan duta-duta kedua buah negara juga tidak tahu guna kedudukan khas mereka untuk beri maklumat yang baik kepada kerajaan masing-masing bagi mengubal dasar yang berguna kepada kedua buah negara.

Kesemua duta-duta mereka di Kuala Lumpur dan Jakarta telah gagal memainkan peranan bagi merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara.

Mereka terperap dalam pejabat di kedutaan masing-masing dan hanya sekali-sekala buat kenyataan umum yang tidak menyakinkan sesiapa.

Komen mereka tentang perbalahan yang dicetuskan anak-anak gampang kumpulan haram Bendera di Jakarta menunjukkan betapa ceteknya pemikiran duta-duta tersebut.

Ia juga menunjukkan betapa ceteknya pemikiran pemimpin kedua buah negara, termasuk ahli politik dan cendiakawan masing-masing serta penganlisa politik kedua buah negara.

Mereka telah membuktikan bahawa menganuti sama ugama dan dalam satu bangsa atau rumpun tidak boleh memastikan yang rakyat Malaysia dan Indonesia boleh bersatu hati dan kepala.

Ini disebabkan kegiatan seharian mereka tidak sama-sama mengangkatkan persefahaman dan mewujudkan persaudaraan.

Jadi apa yang tidak dilakukan boleh cetuskan perbalahan bila-bila masa sementara pemimpin kedua buah negara berfikiran sempit dan rasa bangga dengan kedudukan politik di negara masing-masing.

Perhubungan diantara Amerika dan England tidak berpaksikan kepada perhubungan peribadi pemimpin kedua buah negara mereka yang hanya boleh berlaku beberapa kali setahun; ia berpaksikan perhubungan erat diantara rakyat kedua buah negara.

Perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia, sebaliknya hanya berlaku diantara pemimpin dan tidak diantara rakyat.

Oeh sebab itu perhubungan diantara kedua buah negara tidaklah erat seperti yang mahu dianggap oleh pemimpin.

Apa yang perlu dipupuk bukan perhubungan diantara pemimpin tetapi dianatara rakyat kedua buah negara untuk kegiatan seharian.

Perhubungan unik diantara Malaysia dan Indonesia tidak dipupuk dengan cara baru; ia dianggap enteng oleh kedua belah pihak.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah desakan pihak di Jakarta dan bukan seluruh Indonesia yang mahukan cetuskan perbalahan.

Yang melakukan angkara di hadapan kedutaan besar malaysia di Jakarta adalah orang yang menolak nilai Islam dan yang telah menjatuhkan ugama Islam di dunia.

Dan mereka telah juga menjatuhkan imej Republik Indonesia dan pemimpin serta institusi kepolisian mereka.

Jadi pertemuan diantara pemimpin dari Malaysia dan Indonesia pada 6 September ini tidak mungkin boleh meleraikan perbalahan yang telah tercetus dan yang boleh berlaku dimasa-masa depan.

Dan ini tidak mungkin boleh dilaksanakan selagi pemimpin di kedua buah negara tidak anggaapnya penting.

Dan mereka akan terus menjalanan kegiatan seharian mereka tanpa memikirkan tentang perhubungan diantara rakyat kedua buah negara yang amat memerlukan satu sistem yang padu untuk diguna setiap hari.

Sedangkan pemimpin hanya tahu mengadakan mesyuarat tahunan dan buat lawatan rasmi dan dapat liputan meluas di media masing-masing. Ini sahaja yang mereka mahu, dan mereka akan anggap mereka telah melakukan sesuatu yang baik untuk merapatkan perhubungan diantara kedua buah negara.

Diplomasi lapok tidak sesuai dengan dunia sekarang.

Pengelaman yang para diplomat kedua buah negara ada juga tidak berguna.

Mereka suka anjur acara besar, menunjukkan keakraban diantara mereka. mereka berpeluk-peluk untuk menunjukkan suasana di negara masing-masing tenang dan rakyat kedua buah negara gembira.

Dan mereka buat kenyataan rasmi dengan mengaku bahawa perhubungan diantara Malaysia dan Indonesia kuat.

Mereka tidak tahu berita dan liputan yang mereka dapat dari kegiatan media ini hanya baik untuk media; ia tidak baik untuk rakyat jelata.

Itulah sebabnya kenapa rakyat di Indonesia cemas. Itulah sebabnya wujud pertubuhan seperti Bendera.

Itulah juga sebabnya maka ada-ada sahaja perbalahan diantara rakyat Malaysia.

Inilah yang yang pemimpin di Malaysia dan Indonesia tidak tahu.

Comments

FAIZAL SIDIK said…
tidak tahu tapi buat-buat macam tahu, makan tauhu ajelah
pendekar tudung saji said…
makan tauhu bakar utk berbuka pun ok gak ni...hehehe