MALAYSIA NEGARA ISLAM…MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR. YANG MANA SATU? KEDUA-DUANYA SEKALI.

oleh Mansor Puteh


NEGARA SEKULAR ADALAH NEGARA BUKAN MENGAMALKAN PRINSIP KRISTIAN DAN KATHOLIK.

MALAYSIA SEBUAH NEGARA YANG UNIK. IA SEBUAH NEGARA ISLAM. DAN IS JUGA SEBUAH NEGARA SEKULAR.

INI TENTU BOLEH MENGELIRUKAN RAMAI. KENAPA TIDAK? SEBAB ISIU INI TIDAK PERNAH DIBINCANG SECARA WARAS OLEH BANYAK ORANG YANG MENENTANG DAN MENGECAMNYA BILA MEREKA DENGAR ORANG LAIN KATA IA SEBUAH NEGARA ISLAM.

Mereka ada tafsiran sendiri. tafsiran mereka tidak tepat. mereka keliru dengan defini ‘sekular’ sebab mereka tidak faham bagaimana sistem pemerintahan dan kerajaan ini telah diwujudkan di Eropah dulu.

Jadi is adalah satu sistem kerajaan dan pemerintahan yang hanya untuk Eropah sahaja dan tidak di tempat lain, jauh sekali untuk Malaysia yang ada sistem kerajaan tersendiri.

Kalau ada yang menganggap ia mempunyai sistem sekular yang bermaksud salah iaitu bukan Islam ia adalah disebabkan sistem ini mahu dipaksakan kepada Malaya atau Tanah Melayu dan Malaysia oleh kuasa penjajah iaitu Inggeris yang ternyata sekali mempunyai sistem sekular.

Dan sistem serong ini sekarang mahu disokong pula oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam yang ternyata sekali rasa mereka lebih beruntung kalau Malaysia sekarang tidak mempunyai sistem kerajaan Islam.

Mereka, seperti kuasa Inggeris adalah terdiri dari orang yang mempunyai keturunan yang berasal dari negeri luar. Jadi mereka ada sebab untuk menyokong sistem asal yang ada di Malaysia dulu, atau mahu membetulkan perubahan yang mahu dibuat oleh penjajah tetapi gagal sehinggakan usaha ini mahu diambil alih oleh bukan Melayu sekarang.

Isiu tentang samada Malaysia sebuah negara sekular atau Islam telah wujud sejak sekian lama.

Orang yang paling berminat untuk memberi pendapat mereka tentangnya adalah tidak lain dari Karpal Singh dan beberapa orang lain.

Kita pasti selepas mereka tentu perkara ini.perkara ini tidak akan menjadi perbalahan; ia akan tamat sebab ia tidak mungkin boleh menarik perhatian rakyat Malaysia bukan Melayu lain dalam generasi baru.

Perbalahan lapok ini adalah sisa-sisa dari zaman penjajahan dan selepas itu, sehingga sebelum Merdeka dan dikeluarkan balik sehingga sekarang.

Kita tidak perlu terikut-ikut dengan karenahnya; kita perlu beri dia sedikit pelajaran tentang apa itu pemerintahan dan kerajaan sekular supaya dia tahu, dan supaya dan mereka sekepala dengan dia dalam perkara ini tidak akan terus terkeliru dan boleh mengelirukan orang lain termasuk orang Islam di Malaysia sendiri.

Dia begitu pasti yang Malaysia sebuah negara sekular. dia lihat dalam perlembagaan dan buat keputusan ini.

Tetapi apaah yang dia katakan itu benar? Mungkin tidak. Sebab mungkin dia tidak faham apa itu negara secular. Ia tidak seperti yang dia fikiran.

Malah, ramai orang lain yang anggap Malaysia juga berfikiran seperti itu. Ini disebabkan mereka juga tidak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan sebuah negara secular.

Sebenarnya Malaysia adalah sebuah negara sekular. Dan Malaysia adalah juga sebuah negara Islam.

Ini tentu mengejutkan ramai orang khususnya Karpal Singh yang sering mahu anggap Malaysia sebuah negara sekular dan bukan Islam, sebab dia beranggapan bahawa negara Islam tidak disebut dalam perlembagaan.

Malah, negara sekular juga tidak disebut didalamnya. Jadi apa yang dia katakan itu sebenarnya adalah anggapannya sahaja. Dia pilih sekular sebab Islam tidak disebut, dan tidak sebaliknya.

Sebenarnya, Malaysia adalah sebuah negara Islam dan sekular.

Tentu tidak ramai yang sedar bahawa negara sekular itu adalah satu konsep pemerintahan atau kerajaan yang telah diperkenalkan di Eropah bilamana mereka mahu pisahan cara pemerintahan diantara Gereja dan Politik.

Sekular di sini bererti bahawa negara-negara di Eropah itu bukan mengguna sistem Kristen atau Katholik.

Jadi, oleh sebab Malaysia tidak mengamalkan sistem seperti ini, maka ia boleh dianggap sekular.

Tetapi ini tidak bermakna ia tidak Islam.

Malaysia sebuah negara Islam.

Walaupun ini tidak disebut dalam perlembagaan, tetapi inilah hakikatnya.

Ini disebab Malaysia sebuah kerajaan yang diketuai oleh Yang diPertuan Agong dan kumpulan sistem kerajaan sembilan negeri-negeri beraja.

Maka tidak secara langsung, Malaysia adalah sebuah Kesultanan dan Kerajaan Islam.

Ini diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam perlembagaan Malaysia sendiri yang tertulis bahawa Islam adalah ugama rasmi.

Walaupun negara-negara lain ada raja mereka seperti di Siam dan Jepun, tetapi peruntukan seperti ini tidak ada dalam perlembagaan mereka yang menguntukkan ugama rasmi negara mereka.

Jadi, anggapan Karpal Singh tentang Malaysia bukan sebuah negara Islam dan sebuah negara sekular tidak benar.

Malaysia, sebenarnya sebuah negara sekular dan juga Islam.

Jadi isiu ini mesti tamat di sini sahaja. Tidak ada guna untuk ia dilanjutkan. Dan Karpal dan lain-lain yang mempertikaikan tentang perkara ini harus juga terima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, dan sekular di sini tidak wujud samasekali.

Sebenarnya perkara dan perbalahan seperti ini sudah lama boleh dijelaskan tetapi pihak tertentu yang lebih arif dalam perkara ugama dan politik dunia telah gagal untuk menjelaskannya.

Jadi perbalahan tentangnya telah dibenar untuk berlarutan sehingga sekarang sebab tokoh ugama dan para ulama di Malaysia dan di seluruh Dunia Islam telah gagal untuk membuat pengajian tentang apa itu negara sekular.

Kalau mereka telah melakukannya lama dulu, perkara ini tidak akan berlarutan sehingga kini.

Mana pakar dalam bidang ugama Islam di Universiti Al-Azhar dalam hal ini? Mana ulamak terbilang dalam hal ini?

Kenapa mereka semua berdiam dan tidak boleh beri pandangan dalam hal ini?

Ternyata sekali mereka bukan tokoh yang hebat dalam bidang ugama. Ternyata sekali pemimpin di Dunia Islam telah gagal untuk menangani perkara ini dengan bijak dan beri penerangan dan pendidikan kepada mereka yang masih bebal supaya mereka tidak akan terus membuat anggapan dan mahu buat andian sendiri.

Kalau benar dalam perlembagaan Malaysia ada sistem undang-undang sivil, maka ia adalah sesuatu yang asing kepada negara. Dan ini harus diperbetulkan lagi-lagi apabila kita ketahui bahawa Malaysia telah lama berada dibawah belenggu penjajah Inggeris yang telah beria-ia mahu memperkenalkan sistem kerajaan dan undang-undang mereka.

Jadi apa yang mereka telah melakukan dulu adalah salah dan kita semua harus menerima hakikat ini dan terima bahawa hokum hudud adalah yang paling sesuai untuk sebuah negara seperti Malaysia dan juga untuk negara-negara Islam lain.

Dan Malaysia serta negara-negara Islam lain juga harus mengambil hari Jumaat sebagai hari cuti am dan bukan hari Minggu seperti yang berlaku seakarang, kecuali dibeberapa buah negeri Melayu seperti Kedah dan Kelantan.

Comments