RENCANA KHAS MEMPERINGATI ULANGTAHUN KELAHIRAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (8 FEBRUARI, 1903) YANG KE-111 TAHUN INI: -- BAHAGIAN 2.




Tunku telah berjaya mentelaah jauh ke dalam hati-nurani orang Inggeris, dan dengan mengguna psaikologi, mereka telah mengelak dari mengalak Melayu berbalah dengan Inggeris, dan capai kemerdekaan dengan ‘tanpa menitis setitik darah’ seperti kata Tunku.

Tunku beritau saya dalam temuramah yang dirakam di kediamannya di Bukit Tunku dala tahun 1989 yang dia mahu ‘tendang orang Inggeris!’ atau ‘I wanted to kick the English!’

Orang Melayu boleh diapi-apikan untuk mengusir Inggeris dari Tanah Melayu dengan berslogan kosong dan dengan mengangkat keris sekerat dan tombing bengkok, tetapi yang akan mendatangkan kemudaratan hanyalah kepada diri mereka sendiri.

Sebab Inggeris akan terus berkeras buat masa yang lebih lama sebelum mereka mahu mengalah.

Tetapi dalam masa itu, ramai anak Melayu yang akan dikatakan ‘mati syahid’ dalam pertempuran dan perjuangan yang sia-sia, sedangkan penyelesaian boleh dibuat dengan menggunakan minda, dengan mengguna strategi yang bijak dan pintar untuk membuat Inggeris rasa kehadiran mereka di Tanah Melayu itu seperti tidak berguna lagi.

Jadi akhirnya, Inggeris tinggalkan Tanah Melayu yang mencapai kemerdekaan secara aman pada 31 Ogos, 1957.

Malah Tunku lebih prihatin berbanding dengan Mahatma Gandhi yang juga mahukan negaranya, India, mencapai kemerdekaan secara aman.

Namun, rakyat India ketika itu tidak patuh kepada tuntutannya, dan ini mengakibatkan ratusan ribu orang India mati, bila mereka berpilih untuk bertempur sesama sendiri, khususnya bila Inggeris tinggalkan India dalam tahun 1947 apabila peperangan sabil berlaku diantara rakyatnya yang keturunan Hindu dan Islam.

Di Tanah Melayu, kejayaan Tunku untuk mencapai kemerdekaan secara aman dan tenteram tidak disukai oleh orang yang fanatik mahu usir Inggeris secara pertempuran; mereka terpinggir dari aliran sejarah yang tidak memuatkan kehadiran mereka dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Jadi akhirnya mereka itu melenting dan tidak mahu mengalah. Jadi tindakan susulan yang mereka boleh ambil tidak lain iaitu untuk mengecam Tunku dan pemimpin Melayu dalam Umno.

Mereka mula mengecam mereka sebagai tidak Islami dan tidak kuat nilai keMelayuan mereka.

Ini sahajalah tohmahan dan peluru atau strategi yang boleh diguna oleh pemimpin PAS untuk menentang Umno dari dulu sehingga kini.

Dan dalam setiap ceramah yang mereka adakan, ini sahaja yang mereka dapat perkatakan.

Walaupun hakikatnya ialah, pemimpin PAS dulu telah dikalah dan dimalukan oleh pemimpin Umno yang telah berjaya mencapai kemerdekaan untuk Tanah Melayu hanya dengan mengguna akal yang pintar dan tidak dengan peluru yang boleh tersasar dan merugikan Melayu itu sendiri.

Jadi strategi pemimpin dan parti PAS sehingga kini ialah untuk menonjolkan mereka itu lebih Islami, walaupun cara dan prinsip mereka jauh dari Islami.

Pemimpin PAS gemar memakai pakaian ala Arab yang kononnya sunah Nabi Muhammad, s.a.w., berbanding dengan pemimpin Umno yang gemar memakai pakaian cara barat.

Tetapi cara barat itu juga mematuh tuntutan Islam sebab ia tutup aurat.

Dan yang lebih nyata sekali ialah negara-negara Barat itu kini sudah sekian lama maju dan tenang.

Malah negara-negara di barat itulah yang lebih mengamalkan nilai Islam berbanding dengan negara-negara Arab dan Islam lain.

Dan ini jelas jika kita pergi ke sana dan dapat melihat betapa bersih dan tersusunya masyarakat di situ, walaupun media mereka sering tonjolkan sekelompok masyarakat di sana yang kelihatan seperti mereka sudah balik ke zaman jahiliah.

Yang sudah balik ke zaman jahiliah di dunia sekarang hanyalah masyarakat di negara Arab dan Islam, yang mana anak-anaknya terikut-ikut dengan nilai dan budaya anti-Islam yang dipupuk oleh media barat yang mahu masyarakat atau generasi muda Islam tolak ugama mereka dengan mengguna pelbagai cara.

Dan bandingkan dengan semua negara Arab dimana ramai pemimpin PAS belajar dulu yang semuanya sudah hancur – hancur-lodoh, berkecai dengan rakyatnya hidup menderita, dan negara dan tamaddun mereka boleh dianggap sebagai sudah balik ke zaman Jahiliah.

Tunku Abdul Rahman, putera raja dari Kesultanan Kedah yang dikenali dengan nama jolokan dikalangan kerabat sebagai ‘Budak Hitam’, belajar di Bangkok, Pulau Pinang sebelum ke England dalam usia hanya 16 tahun sahaja, yang pergi ke Little Stukeley di Cambridgeshire di England, untuk belajar di peringkat sekolah menengah, yang akhirnya diterima belajar di St. Catharine’s College di Universiti Cambridge.

Tunku dikenali sebagai seorang pemuda Melayu yang tidak lupa daratan. Malah beliau manusia yang hidup berpijak ke bumi nyata.

Berbanding dengan pemuda Melayu dari kampong yang belajar ugama Islam dan sambungkan pelajaran mereka di universiti-universiti di negara Arab yang kini sudah hancur.

Kalaulah universiti-universiti di negara Arab itu hebat belaka, ke manakah graduan yang ia telah lahirkan?

Dan kalau pendidikan yang diberi oleh universiti di situ hebat dan tinggi mutunya dengan penekanan dalam ugama yang betul dan benar, jadi kenapa negara-negara Arab sekarang hampir semuanya hancur?

Bandingkan dengan England dan negara-negara barat lain termasuk Amerika, yang kian maju, yang menguna nilai Islam dalam sistem pentadbiran dan amalan demokrasi.

Tidakkah Tunku yang akhirnya mencapaikan Kemderdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang juga telah berjaya menubuhkan institusi-institusi berlandaskan ajaran Islam, termasuk menubuhkan Perkim yang dengan sendirinya mengislamkan ramai orang, sepanjang hayatnya?

Bandingkan dengan pemimpin dan Parti PAS itu sendiri yang langsung tidak berusaha untuk berdakwah, sehinggakan sampai sekarang tidak seorang pemimpin mereka yang telah diketahui sebagai telah mengislamkan sesiapa.

Yang mereka gemar ialah untuk ‘mengkafirkan’ Umno dan pemimpin Umno dengan menuduh Umno tolak Islam, sedangkan PAS dengan bermegah bersekongkol dan dapatkan sokongan dengan mereka yang terang dan nyata tidak sokong hasrat mereka (PAS) untuk tubuhkan negara Islam di Malaysia.

Di sini juga kita dapat lihat betapa salahnya orang dalam PAS dari pucuk pemimpinan mereka hingga ke akar umbi, bila mereka masih tidak anggap Malaysia sebuah negara Islam.

Mereka tidak dapat terima hakikat sebenar sebab mereka tahu mereka akan kalah dan terpaksa berundur dengan rasa malu kalau mereka anggap Malaysia sebuah negara Islam, sebab ini akan membuktikan bahawa ‘perjuangan’ mereka untuk mendirikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sudah hapus begitu sahaja.

Seluruh dunia menganggap Malaysia sebagai negara Islam. Jadi siapa PAS yang mahu sangkal dakwaan ini?

Malaysia sebuah negara sekular, kata mereka. Itu sahaja cemuhan yang mereka boleh lemparkan untuk terus membuat PAS itu relevan dikacamata mereka yang sokong perjuangan sia-sia mereka. Itu sahaja!

Siapa sebenarnya yang menolak Islam? Dan siapa yang berjihad memperjuangkan Islam, dalam semua aspek kehidupan di Malaysia? Dan siapa yang menghalang Malaysia dari menjadi negara Islam yang paling maju di dunia?

Tunku lebih mengamalkan demokrasi mengikut ajaran Islam berbanding dengan PAS itu sendiri yang pandai buat tuduhan melulu dan pemimpin teratas mereka sering keluarkan ‘fatwa’ dan pandangan tentang Islam yang terang-terang serong.

Jadi, walaupun Tunku belajar di England, tetapi Tunku lebih Melayu dan lebih Islam dari banyak pemimpin PAS itu sendiri.

Mungkin ada baiknya Tunku tidak mendalami ilmu-pengetahuannya dalam bidang ugama, sebab ia boleh membuat Tunku riak dan keliru dan boleh keluarkan apa-apa fatwa dan pandangan yang serong, khusus untuk memperkukuhkan tindakannya. Mujur ini tidak berlaku.

Dan ilmu-pengetahuan Tunku yang ada tentang Islam yang telah mendorongnya untuk tubuh Perkim, menganjur Tilawah Al-Koran dan sebagainya untuk menyebar Syiar Islam di Malaysia, sehinggakan Tunku menjadi Setiausaha-Agong Pertubuhan Negara-Negara Islam atau OIC.

Jadi rumusannya di sini, dengan belajar di Universiti Cambridge, Tunku dibukakan hatinya untuk menjadi Melayu yang lebih Melayu dan Islam yang lebih Islam bebanding dengan orang lain yang hanya pandai mengguna Al-Koran dan pendidikan ceteknya dalam bidang ugama untuk terus pecah-belahkan Melayu dan Umat Islam di Malaysia.

Prinsip atau hasrat pemimpin PAS sebenarnya adalah untuk ‘mengIslamkan’ orang Melayu dan menyebar Syiar Islam, tetapi sehingga kini mereka telah gagal untuk menyakin bukan-Islam untuk terima Islam.

Jadi dengan kegagalan ini, mereka tumpukan perhatian kepada Umno dan tuduh Umno tidak hebat Islamnya dengan niat untuk menghancurkan Umno.

Nampaknya strategi pelik PAS ialah untuk menghancurkan dan memburukkan Umno untuk membuktikan yang PAS itu hebat – tetapi kehebatan PAS hanyalah dari segi mahu menghancurkan Umno dan bukan untuk menunjukkan yang parti itu sebenarnya mengamalkan ajaran Islam sebenarnya.

Berbeza dengan Tunku yang tidak pernah salahkan PAS jauh sekali mahu kecam pemimpin PAS atau parti ini. Dan Tunku juga tidak pernah beri khubah dalam masjid atau keluarkan apa-apa fatwa untuk mengecam orang Islam lain.

Tunku juga berhati mulia tidak pernah mengkritik sesiapa, dan terima hakikat sejarah yang dilalui dan maju ke tahab baru dengan melakukan tanggungjawab baru dengan penuh gigih, dengan Perkim yang ditubuhkannya.

Apa yang ditunjukkan oleh Tunku itu lebih mulia dan murni dari semua pemimpin PAS dulu sehingga sekarang yang hanya pandai berpidato, keluarkan ‘fatwa’ dan mencari pasal dengan orang Islam lain walaupun hakikatnya ialah PAS itu sendiri tidak berjaya memperjuangkan Islam jauh sekali boleh dikatakan telah menyebarkan Syiar Islam.

Lihat sahaja Kelantan yang mereka telah tadbir sekian lama, yang merupakan negeri yang paling mundur di Malaysia dan orang yang diIslamkan mereka juga tidak seberapa.

Orang bukan-Islam di dalam dan di luar negara tidak tertarik dengan PAS sebagai pejuang Islam, dengan pemimpin mereka yang boleh dianggap sebagai ulamak yang terbilang.

Yang anihnya ialah: Tunku belajar undang-undang di Universiti Cambridge di England, satukan Bangsa Melayu dan tingkat dan sebarkan Syiar Islam dan patuh kepada undang-undang, pemimpin PAS yang belajar bidang ugama di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir dan di negara-negara Arab lain berusaha untuk memecah-belahkan Bangsa Melayu sebab mereka gagal untuk menyebarkan Syiar Islam.

Ini bezanya diantara PAS dan Umno – yang jauh panggang dari api! Dan yang Islam dalam parti ini hanyalah pada namanya sahaja, dan bukan dari segi amalan dan perjuangannya.  

* * * * * * *

(Nota: Mansor Puteh adalah adik ipar kepada anak saudara/anak angkat Tunku dan Tun Sharifah Rodziah Barakhbah, Syed Abdullah Barakhbah. Mansor telah menderma darah lebih 400 kali sejak dalam Tingkatan Enam sehingga kini. Beliau sedih melihat banyak darah ditumpah di banyak negara Arab sekarang dan usaha untuk menyebabkan perkara yang sama berlaku dikalangan orang Melayu di Malaysia sekarang.)


Comments