BEZANYA PEMBANGKANG DI MALAYSIA DAN DI AMERIKA…DAN WATAK-WATAK YANG GEMAR BERCAKAP BERBELIT-BELIT DAN TIDAK JUJUR AWAL-AWAL LAGI DITOLAK OLEH RAKYAT AMERIKA DAN DIKECAM OLEH MEDIA MEREKA, SEBAB MEREKA ANGGAP WATAK-WATAK SUMBANG ITU TIDAK BERGUNA UNTUK NEGARA DAN RAKYAT. – BAHAGIAN KEDUA.
Oleh
Mansor Puteh
Dunia
Internet telah membuat pembangkang hampir jatuh terkangkang. Ia bukan berguna
untuk mereka seleweng fakta dan kenyataan; sebaliknya, ia adalah medium yang
boleh menghancurkan pembangkang yang ada, seperti yang sedang berlaku.
Di
Amerika, watak-watak yang mempunyai kehidupan anti-sosial dan tabiat yang
sumbang, lantas ditolak serta-merta oleh parti mereka dan juga orang awam,
lebih-lebih lagi untuk mereka yang terlibat dengan perbuatan seksual secara
tersorok.
Media
mereka juga akan mendedahkan kepincangan diri mereka walaupun mereka tidak
perlu mendedahkan kes-kes sumbang dalam bentuk pendedahan vidio lucah dan
sebagainya.
Pemimpin
politik di Amerika, sebuah negara yang terang-terang mengamalkan nilai sosial
yang terbuka untuk masyarakat jelata, tetapi mereka tetap tidak dapat terima
mereka yang mahu bertanding dalam pilihanraya untuk memegang apa-apa jawatan
dalam Dewan Perhimpunan Rakyat dan Kongres, yang terdiri dari mereka yang
berkelakuan buruk, mempunyai perangai teruk dan tabiat melanggar hukum ugama
seperti terlibat dalam kegiatan liwat secara terbuka dan terang-terang.
Di
Amerika kalau seseorang itu dituduh oleh media atau pihak lain, sebagai orang
yang tidak mempunyai nilai moral yang tinggi, dan juga yang suka bercakap
berbelit-belit dan terang-terang menipu, dia akan ditolak, dan dia dengan
sendirinya akan berundur dari dunia politik.
Sebab
orang yang bercakap berbelit-belit dan suka memutar-belit pendapat dan
cadangan, tidak boleh dipercaya oleh rakyat di Amerika sebab caranya itu boleh
mendatangkan kemudaratan kepada negara dan rakyatnya.
Jadi,
walaupun Amerika dianggap sebagai sebuah negara dimana rakyatnya hidup bebas,
sebebasnya, dengan nilai moral mereka tidak boleh dipersoalkan, namun, mereka
masih mahukan orang yang terlibat dalam bidang politik dan yang mahu tonjolkan
diri mereka sebagai pemimpin parti Demokrat atau Republican mesti terdiri
mereka yang mempunyai dan menyanjung nilai moral yang paling tinggi.
Tetapi
yang anihnya di Malaysia, walaupun ia sebuah negara Islam, tetapi seseorang
yang sudah berkali-kali berhadapan dengan masalah anti-sosial dan anti-ugama
Islam itu masih boleh menempek dan melayankan cita-cita atau hasratnya dengan
terus bercakap berbelit-belit masih boleh pendam hasrat untuk bertanding dalam
pilihanraya kecil atau umum dan jadi pemimpin. Ini yang sedihnya dan malang sekali.
Dia tidak rasa malu bercakap lain di sini, dan cakap lain di
Nilai
dan tahab moral pembangkang di Amerika tinggi; mereka membangkang di
tempat-tempat tertentu.
Di
Malaysia pembangkang membangkang diserata tempat, tidak kira masa dan hari, dan
media, termasuk di dalam masjid yang dikatakan takzirah atau ceramah ugama. Ini
jelas dan nyata satu penipuan dan penyalahguna masjid.
Dimana
nilai moral pembangkang di Malaysia
sekarang dan berapa tinggi nilainya?
Sebenarnya
Amerika tidak ada pembangkang di luar Dewan Perhimpunan Rakyat dan Kongres sama
juga United Kingdom
tidak ada pembangkang luar dari Parlimen mereka; yang ada hanya mereka dalam
dewan-dewan tersebut yang menyuarakan pandangan mereka terhadap isiu yang
dibangkitkan dalam parlimen.
Tetapi
di Malaysia kegiatan pembangkangan kebelakangan ini telah berusaha untuk
membawa perdebatan dan kekecohan keluar dari parlimen, hingga ke jalan.
Mereka
bukan pembangkang, tetapi mereka yang telah kalah dan malu dikalahkan oleh
pengundi. Mereka melenting dan terus berkempen menyuarakan pendapat dan
cadangan kepada mereka yang terdiri dari masyarakat ‘sinik’ (cynics) dan
‘skeptikal’ atau ‘skeptics’ yang kewujudannya tidak dapat dibendung oleh media
dan juga kerajaan sehingga ia menjadi petualang kepada negara yang
membelakangkan Perlembagaan dan gemar mempersenda segala usaha yang telah
dilakukan oleh kerajaan, seperti tidak baik sedangkan mereka juga turut
mendapat faedah darinya termasuk BR1M dan lain-lain kemudahan.
Malangnya
apa yang mereka tidak tahu ialah tunjuk perasaan yang dianjurkan di Amerika
khususnya di Bandaraya New York, Washington DC dan juga Los Angeles semuanya
dibuat oleh NGO dan bukan oleh ahli politik yang bertanding sebab mereka boleh
dilihat sebagai petualang atau atau batu api (opportunists) sebab mereka ada
kepentingan sendiri untuk menonjolkan diri dan tidak benarkan isiu diluahkan
secara tertip.
Hampir
semua tunjuk perasaan yang saya telah perhatikan semasa belajar di sana berlangsung dengan
tenang, tanpa sesesiapa memakai pakaian seragam dan buat kacau. Mereka berjalan
dengan tenang dan tidak bersorak, jauh sekali untuk mahu buat kacau dan
rosakkan harta awam dan belasah sesiapa sehingga parah.
Tunjuk
perasaan seperti itu hanya dapat diadakan di negara maju dimana rakyatnya tahu
apa itu demokrasi dan bagaimana mereka boleh luahkan perasaan mereka.
Cuma
pemimpin parti pembangkang di Malaysia
sahaja yang tidak kenal dengan amalan demokrasi dengan sokongan NGO yang
berpentingan yang juga tidak mahu amal demokrasi yang mereka sering mahu
laong-laongkan.
(Nota:
Mansor Puteh berasal dari Melaka dan merupakan graduan Kajian Sebaran Am, ITM
Shahalam dengan pengkhususan dalam bidang pengiklanan. Namun beliau pilih untuk
bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu selama satu tahun sebelum melanjutkan
pelajarannya ke peringkat Masters of Fine Art in Film Directing di Columbia
University di Bandaraya New York dengan mencipta sejarah akademik di UiTM dan
negara, menjadi pelajar dalam bidang ini di universiti bertaraf Ivy League
pertama dan terakhir. Beliau telah melawat hampir 40 buah negara dan menyertai
pesta, forum dan persidangan perfileman antarabangsa. Dan Mansor telah menderma
darah sebanyak 404 kali.)
Comments