TEOH BENG HOCK, PEMUDA MALANG DALAM PERISTIWA 911 DAN CHRISTOPHER ‘SUPERMAN’ REEVE…

DUA KEMATIAN DAN SATU KEMALANGAN YANG MEMPUNYAI CIRI-CIRI YANG MIRIP…DAN APA PELAJARAN YANG BOLEH DIPELAJARI DARI KEJADIAN YANG MELIBATKAN MEREKA.
Oleh Mansor Puteh



SEMASA SAYA BERADA DI CAMBRIDGE DI ENGLAND TAHUN LALU SAYA TERBACA DALAM INTERNET TENTANG KEMATIAN TEOH BENG HOCK.

IA AMAT MEMERANJATKAN, SEORANG PEMUDA YANG BOLEH MATI DENGAN SEDEMIKIAN RUPA DALAM KEADAAN YANG TIDAK JUGA BIASA YANG BOLEH MENDATANGKAN PELBAGAI KONTROVERSI DAN PERBALAHAN SERTA DRAMA DALAM BIDANG UNDANG-UNDANG DAN KEPOLISIAN.

DAN SEMASA PERISTIWA 911 ATAU SERANGAN PESAWAT KE MENARA BERKEMBAR WORLD TRADE CENTER DI SELATAN MANHATTAN BERLAKU, PADA 11 SEPTEMBER, 2001, SAYA SEDANG MENULIS SEBUAH NOVEL YANG BERTEMPAT DI BANDARAYA INI.

Saya menulis sehingga lewat malam ketika itu. Dan saya tergerak untuk membuka televisyen walaupun hari sudah berpindah ke hari baru.

Saya petik suis televisyen dan terkejut melihat babak asap tebal di Manhattan dan ada orang berlari. Kesemua mereka disaluti oleh debu tebal kelihatan seperti zombie.

Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya agak ia satu pandangan dalam sebuah filem.

Setelah menunggu seketika saya diberitau oleh pembaca berita ‘Nightline’ di TV3 bahawa Menara Berkembar di Bandaraya New York telah diserang sedemikian rupa. Ia amat mengejutkan.

Saya pernah menaikki Menara Berkembar untuk melawat hingga ke bumbungnya melihat pemandangan seluruh bandaraya ini sehingga ke New Jersey. Sekarang pemandangan ini telah lenyap bersama dengan menara berkembar itu..

Sebab kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Yang adapun berlaku dalam filem apabila Rumah Putih atau White House telah diranapkan dalam serangan dalam filem ‘Independence Day’.

Ramai penonton Amerika terhibur melihat rumah kediaman rasmi presiden mereka ranap menjadi debu. President mereka ketika itu, Bill Clinton juga terhibur dan berkata, dia harap rumah itu masih ada bila dia balik nanti.

Malah Bandaraya New York juga sering menjadi sasaran kepada serangan dalam filem-filem Hollywood lain sejak zaman filem bisu lagi oleh beruk raksaksa bernama King Kong.

Ya, memang; hanya studio filem Hollywood sahaja yang mampu dan boleh memusnahkan Rumah Putih dan New York, sebab perbelanjaan untuk menerbit filem seperti itu dalam genre ‘disaster movies’ begitu mahal untuk menyakinkan penonton.

Dan semasa pelakon watak superman, Christopher Reeve datang untuk bertemu dengan pelajar-pelajar di Universiti Columbia di Bandaraya New York, saya berada di Earl Hall yang terletak di seberang medan dari Dodge Hall dimana sekolah filem saya terletak.

Di Earl Hall tempat pelajar berugama Islam mengadakan sembahyang Jumaat dan acara ugama lain.

Tetapi saya tidak ingin bertemu dengan Christopher sebab saya tidak berminat dengan filemnya. Jadi walaupun saya berada di tingkat bawah Earl Hall, saya tidak hadir acara pertemuan itu yang berlaku di tingkat satu dewan ini. Saya berada di tingkat bawah di pejabat persatuan Muslim universiti.

Ya, ada seorang pelajar wanita tempatan bertanya dimana Christopher Reeve, dan saya berkata dia berada di tingkat atas.

Christopher adalah seorang yang malang, memain watak utama dalam filem ‘Superman’. Jadi tentu sekali dia tampan dan sihat dengan tubuh yang kuat.

Boleh dikatakan bahawa pelakon yang memain watak Superman sebelumnya sering mengalami kemalangan, dan apa yang berlaku kepada Christopher mungkin tidak memeranjatkan.

Yang memaranjatkan ramai pakar ialah tentang tindakannya atau kurang tindakannya yang menyebabkan dia mengalami kecederaan amat teruk.

Dia terjatuh terpelanting dari menunggang kuda, sehingga mengakibatkan dia parah dan lumpuh dari bawah leher, saya terkilan sebab tidak mahu bertemu dengan dia beberapa tahun sebelum kejadian itu. Dia tidak lunjurkan tangannya untuk menahan dirinya dari terkena tanah.

Jadi apa agaknya yang mahu saya bincangkan di sini?

Ia bukan sekadar Beng Hock, Christopher dan 911, tetapi lebih dari itu.

Ia adalah tentang pembunuhan sendiri dan kematian atau kecederaan teruk yang boleh berlaku akibat kejadian aneh dan pelik.

Pihak dari Siam yang membantu peguam Beng Hock berkata seseorang yang membunuh diri itu tidak akan terjatuh tanpa kedua belah tangannya melunjur untuk ‘cuba menahan’ tubuhnya.

Jadi kecederaan akan menunjukkan ada usaha dari pihaknya untuk menunjukkan yang dia ‘membunuh diri’.

Tetapi ini tidak berlaku. Tidak ada kesan dalam post-mortem yang menunjukkan dia telah ‘membunuh diri’.

Kejadian sekitar kemalangan dimana Christopher telah terpelanting dari menunggang kuda juga boleh dijadikan panduan dalam hal ini.

Ternyata sekali dia tidak cuba untuk membunuh diri. Yang jelasnya ialah apa yang berlaku adalah satu kemalangan.

Dan dalam hal ini Christopher tidak melunjurkan kedua belah tangannnya untuk menahannya dari terjatuh dengan teruk sehinga lehernya parah yang menyebabkan dia lumpuh dari leher ke bawah.

Pakar perubatan terkejut dan tidak tahu kenapa dia tidak melunjurkan kedua belah tangannya sebab mereka fakir ia adalah satu perbuatan yang sering dilakukan oleh sesiapa kalau mereka terjatuh.

Dan dalam kejadian 911 dulu, sebuah petikan video yang kini tidak lagi disiar di televisyen atau dalam YouTube, menunjukkan seorang lelaki yang terjun dari tingkat atas sebuah bangunan Menara Berkembar itu dengan meluru dengan kepalanya di hadapan sehinggalah dia terhentak di tanah.

Dia tidak melunjurkan kedua belah tangannya. Dan ternyata sekali lelaki itu mahu membunuh diri sebab dia sedar bahawa kehidupannya tidak lama sebab bangunan dimana dia berada ketika itu akan hancur sama sekali bersamanya.

Ketiga-tiga kejadian kemalangan dan kematian ini melibatkan tiga orang lelaki di Malaysia dan dua di Amerika dalam kejadian yang ada miripnya, iaitu, ada elemen ‘bunuh diri’ dan kemalangan biasa.

Kesimpulan di sini ialah seseorang itu boleh membunuh diri dengan terjun dari tingkat tinggi tanpa melunjurkan kedua belah tangannya, seperti yang ditunjukkan oleh pemuda malang dalam peristiwa 911 dulu.

Dan seseorang yang tercedera parah sehingga mengakibatkan dia lumpuh teruk juga tidak akan melunjurkan kedua belah tangannya untuk menyelamatkan dirinya sebab dia tergamam.

Dan dalam kes tempatan, ada kemungkinan besar juga dia tidak melunjurkkan kedua belah tangannya sebab dia mahu ‘bunuh diri’.

Tidak ada sebabnya untuk seseorang yang mahu bunuh diri cuba untuk menghalangnya dari berlaku dan ‘berjaya’.

Malah saikologi seseorang yang berada di dalam keadaan cemas sehingga dia sanggup membunuh dirinnya dengan terjun dari tingkat tinggi akan melakukannya tanpa sedar. Malah dia boleh dikatakan telah ‘mati’ sebaik sahaja dia terjun.

Yang pastinya ialah seseorang itu kalau telah dibunuh sebelum mayatnya dilempar dari tingkat tinggi, sudah pasti tubuhnya akan jatuh tidak jauh dari tepi bangunan dan ia akan bergeser pada bangunan yang menyebabkan tubuhnya tercalar teruk.

Ini disebabkan mustahil untuk orang dapat melemparkan tubuh seorang lelaki yang mungkin sudah longlai, tidak bernyawa dan jauh ke hadapan.

Ia bukan seperti orang membaling sampah dalam beg plastik dari tingkat atas bangunan flet yang melempar jauh sebelum jatuh ke tanah dan jauh dari bangunan.

Yang nyatanya, tubuhnya akan terkena pada tepi dinding bangunan sebelum terjatuh ke tanah.

Tetapi kalau seseorang itu membunuh diri dengan meloncat keluar dari tingkap, sudah pasti mayatnya akan terletak jauh dari tepi bangunan, sebab dia akan terjun dengan menolakkan tubuhnya jauh dari tepi bangunan.

Dan dia pasti akan jatuh dengan kakinya terkena pada tanah berbanding dengan kepala sebab mustahil dia akan mahu terjun dengan menjunamkan kepalanya.

Contoh yang boleh diguna ialah apabila seorang pemuda Cina yang kurang siuman telah terjun dari tingkat atas rumah dengan kedua belah kakinya terkena pada tanah.

Ini berbeza dengan pemuda malang 911 yang sengaja menjunaman kepalanya sehingga ia terkena ke tanah dan berkecai.

Perbandingan diantara kematian dan kemalangan yang berlaku kepada ketiga-tiga lelaki malang di Amerika dan Malaysia itu akhirnya boleh diambil kira untuk perbincangan dalam hal ini.

Jadi apa rumusannya dalam kes tempatan itu, adakah dia membunuh diri atau dihumban keluar dari tingkap setelah dibunuh?

Jawapannya ada dalam tiga pengelaman yang disebutkan di atas.

Comments

SINAN said…
political survival?utang along?tension?