KENAPA ENGGAN MASUK SEKOLAH KEBANGSAAN SEMASA KECIL, TAPI BERIA-IA MAHU MASUK KE UNIVERSITI ALIRAN KEBANGSAAN SAMPAI MAHU KECAM KERAJAAN?

…KENAPA TIDAK TUNTUT DIBUKA UNIVERSITI (IPTA) UNTUK PELAJAR ALIRAN MANDARIN DAN TAMIL UNTUK HAK BELAJAR DALAM ALIRAN BAHASA IBUNDA SENDIRI SEPANJANG HAYAT?
Oleh Mansor Puteh.




MAHUKAH PEMIMPIN CINA DAN TAMIL TUNTUT KERAJAAN MEMBENARAN MEREKA TUBUH UNIVERSITI MANDARIN MALAYSIA (UMM atau UniManma) DAN UNIVERSITI TAMIL MALAYSIA (UniTam)?

INI TIDAK MUNGKIN BERLAKU SEBAB PEMIMPIN CINA DAN TAMIL TAHU BAHAWA BAHASA INI TIDAK BOLEH MEMBAWA ANAK-ANAK MEREKA KE MANA, IA HANYA BAIK UNTUK PENDIDIKAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DAN TIDAK DI UNIVERSITI.

DAN MEREKA JUGA TAHU BAHAWA BAHASA MANDARIN DAN TAMIL CUMA BERGUNA UNTUK PERHUBUNGAN SEHARIAN DAN TIDAK UNTUK ACARA RASMI DI MALAYSIA.

Mungkin bahasa Mandarin dan Tamil berguna dan boleh diguna dalam acara terpencil dikalangan masyarakat sendiri dan bukan diperingkat kebangsaan, termasuk dalam perhimpunan agung parti bukan Melayu.

Sebenarnya pemimpin Cina dan Tamil tidak pentingkan masa depan anak-anak muda kaum mereka, dan galak ibubapa mereka hantar anak-anak mereka ke sekolah vernakular walaupun perangkaan membuktikan bahawa kebanyakan mereka yang gagal di sekolah seperti ini tidak mempunyai masa depan dalam hidup dan terpaksa buat kerja biasa, termasuk kerja haram.

Jadi pemimpin Cina dan Tamil di Malaysia, kalau boleh tidak mahu galak dan benar orang Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan – maksudnya sekolah Melayu yang mengguna Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Mereka memberi bermacam-macam alasan untuk menyokong keputusan mereka untuk tidak belajar di sekolah kebangsaan.

Kata mereka sekolah seperti ini tidak baik untuk anak-anak mereka maju dalam pendidikan.

Mereka kecam sekolah kebangsaan sebagai terlalu Melayu dan terlalu Islam; dan mereka takut anak-anak mereka akan didakwah dan diperdaya untuk masuk Islam.

Adakah ini benar?

Mustahil kanak-kanak mahu dan boleh masuk Islam dengan sendiri dalam usia yang begitu kecil?

Tetapi mereka tidak sedar kebanyakan orang Cina yang masuk Islam bukan terdiri dari mereka yang belajar di sekolah kebangsaan.

Sebaliknya, kebanyakan orang Cina yang masuk Islam adalah terdiri dari mereka yang belajar di sekolah Cina.

Tidak percaya? Tanya Jakim dan Perkim. Dan lihat rancangan ugama Islam yang disiar di televisyen setiap hari Jumaat tentang saudara baru dari kaum Cina. Ia diadakan dalam bahasa Mandarin tentang orang Cina yang belajar di sekolah Cina.

Pemimpin kaum Cina tuntut lebih banyak sekolah aliran Mandarin dan Tamil dibuka dan mahu kerajaan pula memberi dana dan tanah.

(Saya tidak guna perkataan Cina atau India sebab sekolah tersebut tidak mengguna bahasa Cina dan India kecuali Mandarin dan Tamil sahaja. Cina dan India cuma diguna sebagai bangsa)

Oleh sebab itu terdapat ramai ibubapa Cina dan Tamil menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran Mandarin dan Tamil sebab mereka telah belajar di sekolah seperti itu, jadi mereka mahu anak-anak mereka ikut cara mereka, walaupun kebanyakan mereka tidak mendapat pendidikan tinggi dan gagal selepas darjah enam atau tingkatan tiga sahaja.

Oleh sebab itu juga terdapat ramai orang Cina yang bekerja sebagai peniaga kecil di pasar malam dan menjalankan pekerjaan sendiri.

Ramai dikalangan mereka juga terjebak dengan perbuatan jenayah.

Boleh dikatakan semua ‘ahlong’ di Malaysia terdiri dari orang Cina yang mempunyai latarbelakang sekolah cina.

Jarang kita dengar orang Cina ataupun India yang terlibat dengan jenayah yang belajar di sekolah kebangsaan.

Tak percaya? Tanya Bukit Aman. Dapatkan maklumat dari mereka.

Walaupun demikian masih ada diantara mereka yang lebih suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran kebangsaan.

Mereka juga Cina dan India. Tetapi mereka tidak angggap sekolah kebangsaan boleh merosakkan anak-anak mereka. Mereka pandang jauh. Dan mereka tidak kurang Cina dan India dari mereka yang belajar di sekolah Cina dan Tamil.

Tetapi yang peliknya ialah kenapa pemimpin Cina dan Tamil beria-ia mahu dapatkan tempat untuk pelajar-pelajar Cina dan Tamil untuk masuk ke universiti dalam aliran kebangsaan dimana bahasa pengantarnya ialah Melayu?

Kenapa mereka tidak halang mereka dari masuk ke universiti seperti itu dan hantar mereka ke universiti di Hong Kong, Taiwan atau Negeri Cina dan di India?

Atau kenapa pemimpin Cina dan Tamil tidak gesa kerajaan membenarkan mereka membuka universiti khas yang mempunyai bahasa pengantar Mandarin dan Tamil?

UNIVERSITI MANDARIN MALAYSIA atau UNIVERSITI TAMIL MALAYSIA!

Saya hairan kenapa pemimpiin Melayu tidak juga cadangkan agar pelajar-pelajar aliran Mandarin dan Tamil mempunyai universiti khas untuk mereka supaya mereka tidak beria-ia mahu mendapatkan tempat di universiti kerajaan atau di IPTA lain?

Adakah ini disebabkan bahawa pengajian bahasa Mandarin dan Tamil di peringkat universiti tidak penting. Ia tidak masuk akal?

Kenapa pula?

Kalau bahasa Mandarin dan Tamil dikatakan penting untuk kaum Cina dan Tamil, dan ibubapa Cina dan Tamil serta pemimpin mereka beria-ia mahu sebanyak anak-anak Cina dan Tamil belajar di sekolah seperti itu, jadi kenapa bila mereka meningkat dewasa, mereka mahu berebut-rebut belajar di IPTA?

Adakah ini bermakna bahawa bahasa Mandarin dan Tamil sebenarnya bukan bahasa penting untuk pelajar di peringkat universiti sehinggakan pelajar-pelajar Cina dan Tamil yang mempunyai pendidikan dalam aliran ini tidak berminat untuk menyambung pelajaran mereka di universiti yang mempunyai bahasa pengantar dalam bahasa ibunda mereka sendiri?

Kalau ramai orang Cina dan Tamil gemar berkata bahawa Bahasa Melayu tidak penting sebagai bahasa ilmu, jadi kenapa pelajar-pelajar mereka mahu belajar di IPTA pula?

Dan kenapa mereka sanggup menuntut hak seperti ini di Malaysia sahaja? Adakah orang Melayu di Malaysia boleh dipermain-mainkan?

Kenapa tidak buat tuntutan yang sama di Indonesia? Sebab Melayu di sana lebih besar jumlahnya, jadi orang Cina dan India tidak berani membuat sebarang tuntutan seperti itu?

Jadi, apakah kalau jumlah Melayu di Malaysia bertambah setahun ke setahun sehingga peratusannya meningkat ke tujuh-puluh peratus, maka orang Cina dan India akan menjadi takut untuk menuntut?

Sekarang Melayu masih lagi kecil jumlahnya, belum sampai tujuh-puluh peratus. Tetapi ia akan meningkat dalam sepuluh tahu lagi.

Dan Melayu juga berpecah diantara Umno dan Pas. Tapi kalau Melayu sudah bersatu, apakah suara bukan Melayu boleh jadi kendur seperti di Indonesia atau Brunei?

Malah Cina dan India di Siam juga tidak berani menuntut hak mereka, jauh sekali untuk menempek. Mereka terpaksa akur bahawa jumlah kaum tempatan begitu besar sehingga mereka tidak boleh buka sekolah dalam bahasa sendiri dan mempunyai nama tempatan.

Comments

franz fannon said…
dia orang ni tau mintak je...beri tak tahu...mintak itu..ini..lepas tu pakai modal spore maju sb meritrokasi..apa lagi pegi la ddk sana..dulu minta economy je,politic tanak..sekarang ni suma nak..mmg tamak..pegi dah..aku anak kandung malaysia lah,bukan anak angkat..sendiri mau paham lah..
malaysian said…
bodoh punya artikel.................
penulis ilmu yang cetek...................
ciputcedut said…
bila Melayu bersuara mempertahankan hak, mereka kata racist..mengancam keamanan. Macam2 tindakan akan diambil, tapi bila kaum lain lantang bersuara menyinggung kedudukan Melayu dan memperlecehkan Islam..tak ada pula tindakan diambil. Kononnya, itu bukan statement perkauman. Itu statement meritokrasi. Apa kejadahnya, siapa2 pon akan bertindak kalau bangsanya dicela sebegitu rupa. Malangnya, sesetengah dan majoriti yg di atas sering mempertahankan org lain dari bangsa sendiri. Wallahualam.
Anonymous said…
go cik mansor! keep it up!