BENDERA BERKIBAR SEPARUH TIANG UNTUK PEMERINTAH INDONESIA DAN PIHAK BERKUASA MEREKA.

…TINDAKAN SEKUMPULAN KECIL DAN PICISAN DI JAKARTA YANG AMAT MELUCUKAN SAMASEKALI.
Oleh Mansor Puteh



PUAK YANG MENAMAKAN DIRI MEREKA BENTENG DEMOKRASI RAKYAT ATAU ‘BENDERA’ TELAH SELAMATKAN AMERIKA DAN SINGAPURA DI INDONESIA SEKARANG DENGAN TUMPUAN BENDERA TERHADAP MALAYSIA.

TINDAKAN BENDERA HANYA MEMALUKAN PEMERINTAH INDONESIA DAN PIHAK BERKUASA MEREKA SAHAJA.

BAGAIMANA SEBUAH KUMPULAN HARAM YANG TIDAK BERDAFTAR BOLEH MELAKUKAN TINDAKAN YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG SEBUAH NEGARA SECARA TERANG-TERANG?

Dan bagaimanapula, pemimpin mereka boleh mengugut untuk menganyang dan menahan rakyat Malaysia di Jakarta tanpa pihak berkuasa di Indonesia yang berani ambil tindakan terhadapnya?

Dua orang rakan saya telah ke Jakarta tahun lalu semasa berbalahan mengenai tarian pendet berlaku. Dan mereka telah ditahan semasa menaikki teksi dari Bendara Sukarno-Hatta untuk ke hotel di Jakarta.

Dan kedua mereka telah diugut untuk dicederakan sekiranya mereka tidak beri satu juta rupiah kepada puak melampau itu. Akhirnya, pemandu teksi berjaya menawar dan mereka dibenar memberi 400 ribu rupiah.

Ia sebuah jumlah wang yang agak banyak di Indonesia.

Jadi, ini sahaja sebab kenapa puak itu dan Bendera mahu wujudkan angkara sebab mereka boleh ambil tindakan sesuka hati di jalanraya di Jakarta dengan terang-terang tanpa mendapat tentang dari pihak berkuasa Indonesia.

Tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan penipuan dan jenayah berlaku secara terang-terang seperti ini, kecuali di Jakarta.

Malah tidak ada bandaraya lain di seluruh Indonesia dimana ada beberapa anak gampang mereka yang berani merampok secara terbuka kecuali di Jakarta.

Jadi akhirnya, tindakan Bendera itu bukan untuk mengecam Malaysia, tetapi untuk mereka mendapat alasan untuk merampok dan terus mencemuh presiden dan pemerintah serta pihak berkuasa mereka sahaja.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh puak pendesak bernama Bendera di jakart itu hanya memberi tamparan kepada pemerintah Indonesia dan para cendiakawan mereka yang kelihatan seperti terpingga-pingga tidak dapat cetuskan perbincangan tentang isiu penting melibatkan kedua buah negara sehingga peranan ini dibawa ke jalan oleh Bendera yang ternyata terdiri dari mereka yang kuran arif dengan undang-undang dan kebudayaan sendiri.

Dan tindakan oleh bendera itu adalah berita buruk untuk Indonesia dan bukan Malaysia.

Malaysia tidak ada kena-mengena dengan tindakan mereka. Sebab ia hanya mencerminkan betapa rendah tahabnya kepimpinan politik dan kepolisian di Indonesia sendiri.

Malaysia tidak perlu cemas dengan apa yang berlaku di Jakarta. Dan rakyat Malaysia boleh tergelak dengannya. Sebab ia sesuatu yang amat melucukan. Ia hanya boleh berlaku di Indonesia atau Jakarta sahaja dan tidak di negara maju lain.

Sebab ternyata sekali puak Bendera tidak tahu siapa rakan dan siapa musuh; dan siapa yang telah memberi ramai rakyat Indonesia rahmat dan negara mana yang lebih prihatin terhadap kesengsaraan rakyat mereka.

Dan untung dari tindakan Bendera ialah Amerika dan Singapura yang boleh berpeluk tubuh melihat gelagak anak Indonesia yang telah membantu mereka dari dikecam dan dihamun.

Dulu kepentingan amerika dan barat menjadi tumpuan puak pelampau keliru di Indonesia. mereka buat bermacam-macam angkara dengan menyerang hotel yang dimilikki oleh mereka. dan ramai rakyat amerika dan negara barat lain termasuk australia telah terkorban.

Perbuatan ini akhir-akhir ini senyap. dan tumpuan diberi kepada Malaysia pula.

Rakyat dan pemerintah Indonesia sepatutnya telah lama beri penghormatan kepada Malaysia kerana telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat mereka yang beria-ia mahu datang ke Malaysia untuk bekerja.

Ramai yang mahu datang tetapi gagal. Ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk diseludupkan dalam sampan menyeberangi Selat Melaka dan bekerja di Malaysia secara haram selama beberapa tahun.

Ramai yang lain yang telah lama bekerja di Malaysia telah pulang dengan membawa pendapatan yang dikumpul sehinggakan mereka kini kaya-raya di Indonesia.

Tetapi diantara jutaan rakyat Indonesia yang beria-ia mahu datang ke Malaysia dan berjaya, ada segelintir yang gagal.

Merekalah yang rasa iri hati terhadap rakan-rakan dan saudara-mara mereka yang telah berjaya menjadi kaya.

Dan kumpulan segelintir inilah yang tidak tahu keadaan sebenarnya dan mahu cetus angkara. Mereka menggelar kumpulan mereka Bendera.

Dan merekalah yang sering melenting dan membuat angkara di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta dan timbulkan pelbagai isiu remeh.

Malangnya, mereka seperti ‘digalak’ oleh pemerintah mereka sendiri yang berdiri tercegat melihat dan menggalakk anak-anak muda yang panas baran dan tidak memilikki banyak pengelaman hidup maupun pendidikan bertindak keluar dari lunas undang-undang.

Ini memberi gambaran seperti Indonesia ditadbir bukan oleh presiden dan kabinet mereka, tetapi oleh segelintir anak-anak muda jalanan.

Setiap apa yang dilakukan oleh Malaysia, mengikut lunas undang-undang, ada puak di Indonesia yang menentang. Mereka mengecam. Mereka mengambil tindakan yang bukan-bukan.

Tumpuan mereka bukan sahaja Kedutaan Malaysia di Jakarta tetapi syarikat Malaysia di Jakarta termasuk pelajar dan pelancong.

Dan mereka boleh ugut untuk mencederakan rakyat Malaysia di Indonesia. Pemerintah Indonesia berdiam.

Tetapi kenapa anak-anak dalam Bendera lebih baik tahan rakyat Indonesia dari pergi ke Malaysia?

Tidakah lebih baik kalau Bendera melarang syarikat dari Indonesia dari menjual barangan-barangan mereka seperti rokok kretek ke Malaysia?

Atau tidakkah lebih baik kalau Bendera galak rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia untuk balik ke Indonesia?

Sering kali kita mendengar ketua Bendera mengecam Malaysia kerana mengambil tindakan untuk menahan rakyat Indonesia yang tinggal di Malaysia secara haram.

Apa yang Bendera mahu? Biarkan Pati-pati dari Indonesia tinggal seterusnya secara haram?

Perbuatan mereka ternyata terkeluar dari lunas undang-undang di negara sivil dan bertamaddun.

Tetapi di Indonesia ia seperti ‘digalak’ oleh pemerintah mereka yang berdiam diri, membenarkan mereka mengambil tindakan seperti pasukan tentera. Mereka boleh juga ugut untuk mencederakan rakyat Malaysia di Jakarta.

Tetapi apakah ini kisah sebenarnya?

Tidakkah ia satu usaha untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan puak pelampau di Indonesia terhadap Amerika dan barat serta Singapura?

Amerika dan Singapura mempunyai banyak kepentingan di Indonesia khususnya di Batam dimana Singapura ada kepentingan ekonomi. Mereka memilikki banyak hartanah sehinggakan Batam kelihatan seperti wilayah Singapura.

Buat masa sekarang kepentingan Singapura di Indonesia selamat.

Tetapi apakah mereka akan terus selamat walaupun Singapura sering memandang rendah terhadap rakyat Indonesia yang sering ‘dihalau’ dari masuk ke republik itu walaupun mereka ada tujuan rasmi di sana.

Mereka tidak mahu ke Singapura untuk bekerja. Mereka ada urusan rasmi untuk menghadiri acara kesenian dan kebudayaan. Tetapi mereka masih dihalang dan dibawa balik ke Johor.

Buat masa sekarang Singapura terselamat dari ancaman puak pelampau Indonesia.

Tetapi dimasa-masa akan datang, mereka mungkin akan dikecam. Dan kalau ini berlaku dan ada kejadian di depan Kedutaan Singapura di Jakarta, maka ia akan terus melimpah ke Batam.

Amerika, barat dan Australia juga boleh berasa lega sebab Bendera dan puak pelampau lain di Jakarta khsusnya memberi tumpuan kepada Malaysia.

Comments

captain nemo said…
yang aku tak tahan tu pasal buang taik manusia tu...hahahah..dah satu keje pulak nak tadah...hahahah..