SINGAPURA: DARI KESULTANAN ISLAM-MELAYU KE REPUBLIK. – BAHAGIAN II.
...BOLEHKAH SEJARAH BERULANG, BILA JUMLAH MELAYU MENINGKAT IKUT PEREDARAN ZAMAN, DAN NEGARA MENJADI LEBIH MELAYU?
oleh Mansor Puteh.
INGGERIS MENDATANGKAN ORANG CINA DAN INDIA KE SINGAPURA SEMATA-MATA UNTUK MENAMBAHKAN JUMLAH PENDUDUK ASING SEDANGKAN MEREKA BOLEH DAPATKAN LEBIH BANYAK ORANG MELAYU DARI INDONESI. TETAPI MEREKA TIDAK BERBUAT DEMIKIAN.
MEREKA TIDAK MEMBAWA ATAU MENGGALAKKAN ORANG MELAYU DARI RIAU DAN PULAU-PULAU LAIN DI SELATAN SINGAPURA ATAU DARI PULAU JAWA DAN SUMATERA MAUPUN DARI MALAYA, SEBAB TUJUAN MEREKA HANYA UNTUK MENGECILKAN JUMLAH PENDUDUK MELAYU UNTUK AKHIRNYA MENYINGKIRKAN HAK DAN KUASA MELAYU DI SINGAPURA.
KISAH SEPERTI INI BUNYI SEPERTI SEBUAH DONGENG. MASAKAN SEBUAH KESULTANAN MELAYU BOLEH DIHAPUSKAN DENGAN BEGITU MUDAH?! TETAPI IA BENAR.
Di sumatera dan Pulau Jawa kebanyakan sultan dan raja-raja mereka telah dihapuskan sebaik sahaja Indonesia mencapai kemerdekaan mereka dalam tahun 1948 dahulu bila mereka berjaya menumpaskan kuasa Belanda yang telah mengecam mereka sekian lama.
Dan kebanyakan sultan dan raja-raja di sana telah berpihak kepada Belanda, jadi apabila rakyat Indonesia mengalahkan mereka, sultan dan raja-raja yang dikatakan telah belot itu turut dihapuskan.
Kesultanan yang ada di Indonesia ialah Kesultanan Jogjakarta dengan Sultan Hamengkubuwono III yang bertakhta. Istana atau Kraton Sultan Jogjakarta masih tersergam dan pada waktu-waktu tertentu pengunjung ke bandaraya ini boleh menyaksinya, yang sering dijalankan dengan penuh adat Jawa.
Selain dari itu kerajaan di Pulau Bali masih ada tetapi pengaruhnya sudah menjadi kurang. Mereka menetap di Puri atau Istana Ubud yang kini dijadikan sebuah pusat kebudayaan dengan acara tertentu untuk pelancong diadakan pada sebelah malam.
Dan kedudukan orang Cina di Indonesia juga menjadi lebih teruk sebab mereka rata-rata menyebelahi pihak Belanda, dengan mengharapkan agar Belanda akan terus menguasai seluruh Indonesia.
Oleh sebab itu kedudukan orang Cina di Indonesia tidak stabil dan mereka sering dicemuh sehinggakan bahasa dan kebudayaan mereka mahu dihapuskan dan mereka dilarang untuk menubuhkan sebarang persatuan Cina mereka. Mereka juga tidak dibenar mengguna bahasa Cina dan nama sendiri sehinggakan kuil mereka itu tidak ada tulisan Cina.
Hanya sekarang sahaja, bila masyarakat Cina di Indonesia boleh mula mengguna bahasa sendiri dan mereka ada rancangan-rancangan ugama dan hiburan dan kebudayaan dalam bahasa sendiri.
Namun demikian, kebanyakan orang Cina yang sering muncul dalam rancangan-rancangan seperti ini masih mengguna Bahasa Melayu sebab mereka telah lama dididik dalam bahasa lain.
Dan yang menjadi mangsa pertama di Singapura bila penduduk bukan Melayu bertambah ramai ialah bila Sultan Singapura yang pertama, Sultan Hussain Shah disingkirkan sehinggakan dia terpaksa berpindah ke Melaka dengan menaikki kapal bernama ‘Julia’ yang dipunyai oleh Sultan Kedah ketika itu pada 5 Jun, 1834. Beliau tiba di Melaka lima hari kemudian.
Sultan Hussain Shah dihormati dan dihargai oleh penduduk Melayu di Melaka khususnya, walaupun penduduk bukan Melayu tidak endahkan kehadirannya.
Bagaimanapun, kehidupannya di Melaka tidak seperti di Singapura, dimana dia mempunyai pembantu dan pengawai kanan. Ini ditambah pula dengan kerisauan yang dialami yang akhirnya menyebabkan kematiannya lima-belas bulan kemudian pada 5 September, 1835.
Anak sulung Sultan Hussain Shah, Tengku Ali Iskandar ditabal dalam sebuah acara yang sederhana dan dia langsung tidak bertakhta maupun berdaulat. Dan kehidupannya melarat sebab dia tidak diberi wang dari pihak Inggeris yang telah menyekatnya bila Resident Inggeris di Singapura selepas William Farquhar Raffles diganti oleh John Crawfurd, yang ternyata sekali mempunyai sikap anti- atau benci-Melayu. Dan dialah orangnya yang telah membuat Sultan Hussain Shah menderita dan merajuk.
Inilah sebenarnya apa yang diniatkan oleh Inggeris bila
Beliau tidak dipilih menjadi Sultan Riau selepas kemangkatan bapanya, sebab emaknya orang biasa bernama Encik Makoh binti Daing Maturang. Dan ketika itu pula Raja Hussain berada di Pahang dan tidak sempat menghadiri upacara pengebumian bapanya dalam tahun 1812 walaupun dia telah dilantik sebagai Tengku Mahkota sebaik sahaja dijadikan anak angkat Raja Hamidah tiga tahun sebelumnya, iaitu isteri Sultan Mahmud dengan tujuan dia menggantinya kelak. Bagaimanapun ini tidak berlaku dan adiknya, Raja Abdul Rahman Shah pula yang menjadi Sultan Abdul Rahman.
Dan dia membawa diri ke Kampung Bulang di Pulau Penyengat di Riau untuk memancing ikan dan hidup dalam keadaan sedarhana sahaja sehinggalah dia dipelawa oleh Inggeris dengan diketuai oleh Farquhar untuk ditabalkan sebagai Sultan Singapura yang pertama.
Tentu sekali Raja Hussain ketika itu rasa berwas-was mahu menerima tawaran seperti itu dan jadi seorang sebuah negara baru. Tetapi, malangnya, tidak berapa lama kemudian, setelah ditabalkan sebagai Sultan Singapura, dia mula dihina dan diendahkan. Kedudukannya sebagai sultan diperlekehkan sehinggalah dia ambil keputusan untuk melarikan diri ke Singapura.
Sultan Hussain Shah menanggis pada waktu malam bila dia sedar yang dia telah disalahguna oleh Inggeris dan orang bukan Melayu di situ yang tidak menyokong atau menyembahnya. Malah orang Cina di Singapuralah yang telah menyebabkan Kesultanan Singapura terkubur.
Walaupun kesultanan Singapura tidak secara rasmi terkubur, ia telah dilupakan sehinggalah akhirnya Istana Kampung Gelam diambil alih oleh pemerintah Singapura untuk diubahsuai dan dijadikan Pusat Warisan Melayu.
Jadi apa yang kita semua boleh pelajari dari peristiwa perit yang dialami oleh Sultan Hussain Shah ini? Banyak.
Diantaranya ialah Orang Melayu dan Umat Islam mesti bersatu dan jadikan Nusantara Melayu dan Dunia Islam sebagai satu daerah khusus dan khas dan penting untuk perkembangan ekonomi dan penyebaran ugama dan budaya kita.
Kita mesti wujudkan satu pasaran bersama dengan menjual-membeli barangan sendiri yang kita buat. Wujudkan sebuah Sinema Nusantara dan Sinema Islam dan terbit filem-filem yang mengisahkan tentang kepahlawanan dan kehabatan kita sendiri dan edarnya ke seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam, supaya akhirnya kita dapat ketepikan filem asing khususnya dari Barat atau Hong Kong dan India.
Mempertingkatkan pengunaan Bahasa Melayu dan ajarnya kepada pelajar di sekolah rendah, menengah hinggalah ke universiti, dengan menyebutkan perkataan dan membentuk ayat secara sama, dan tidak mengguna pengaruh Inggeris atau Belanda.
Banyak lagi cara yang boleh kita guna untuk menyatukan Bangsa Meayu dan Umat Islam seluruh dunia dan kita ada pakar dalam semua bidang yang mesti dijana kebijaksanaan mereka, dan wujudkan pusat pertumbuhan ekonomi dan perusahaan penting supaya akhirnya Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh berdikari.
Caranya bukan dengan mengadakan kongres, berpantun dan berjenaka lagi. Sudah ramai orang berbuat demikian dan semuanya berakhir dengan kehampaan sebab ia hanya menonjolkan perseorang dan orang yang tidak ada cadangan maupun pendapat yang penting atau hebat yang boleh dilaksanakan.
Jadikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Shahalam sebagai pusat perkembangan kebudayaan dan Bangsa Melayu dan Ugama Islam yang paling penting di seluruh Dunia Melayu dan Dunia Islam. Kita tidak boleh mengharapkan ilmu yang boleh ditimba dari universiti terulung di seluruh dunia – mengikut mereka – termasuk yang ke-200 terpenting sebab mereka tidak ajar macam mana Bangsa Melayu dan Umat Islam boleh bersatu dan terus maju.

Comments
agar ia boleh tersebar baca di dunia Nusa Tenggara ini