MH370, FORT HOOD DAN BENCANA TUMPAH LUMUH DI NEGERI WASHINGTON…


Oleh Mansor Puteh
(Ditulis di Salt Lake City, Utah, Amerika pada 4 April, 2014.)

Amerika turut merasai kemalangan luarbiasa dalam dunia penerbangan dengan jatuhnya pesawat Sistem Penerbangan Malaysia MH370 pada 8 Mac lalu, yang akhirnya didapati terjauh jauh dari laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang kini disasar sebagai bangkai Boeing 777-200E sebagai berada di Lautan Hindi sama seperti seluruh dunia yang menganggap kemalangan itu sebagai sesuatu yang menakjubkan dan langsung tidak mudah dirungkai tentang kenapa kejadidian seperti seperti itu boleh berlaku, khususnya yang membabitkan sebuah jenis pesawat buatan Boeing, sebuah syarikat pembuat pesawat yang ulung di dunia, dan dalam misteri yang menyelubundi kejadian itu.

Dengan setiap teori dan konspirasi yang mungkin dapat diteka dan diusik oleh semua pihak di Amerika, termasuk kecaman yang dilempahkan kepada kedudukan MAS, dan pegawai kanannya, termasuk Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta keperibadian pemangku menteri pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein, lebih ramai lagi di pihak media di Amerika terasa diri mereka tertipu dengan helah sendiri.

Sebab yang akhirnya perlu dikira dan diambil perhitungan oleh pihak berkuasa termasuk Boeing sendiri ialah dan cumalah fakta dan tidak lain.

Dan fakta sebenar disebalik kehilangan dan terjatuhnya Pesawat 370 hanya akan dirungkai dengan terjumpanya ‘kotak hitam’ dan bahan-bahan bukti kukuh.

Dan ini tidak mungkin boleh berhasil dengan teori semata-mata tetapi penyelidkan dan usaha menari kotak itu dan bangkai pesawat.

Amerika atau media mereka menganggap apa yang berlaku seperti luar dari apa yang mereka mampu fikir dan agak serta teka.

Dan dalam kekalutan ini mereka gemar membuat tuduhan dan anggapan.

Tetapi ia tidak mewakilli Amerika amnya yang rata-rata tidak mempunyai anggapan melulu yang dipegang oleh sebahagian dari media mereka.

Rakyat Amerika rata-rata mempunyai pegangan lain yang amat berbeza dengan media mereka.

Mereka semua tahu gaya dan cara media mereka bertindak khususnya tentang perkara yang mereka anggap pelik tetapi jelas mempunyai sebab-musababnya, yang mereka tidak ada pegangan ugama yang kuat untuk beri pelajaran untuk mereka dan semua.

Saya rasa hairan dan juga tidak terkejut dengan pegangan ini seperti yang saya sendiri dapat rasakan selama berada di negara ini.

Walaupun kejadian itu sudah berlaku hampir satu bulan, namun ia masih dapat perhatian media dan orang awam juga ambil perhatian tentangnya.

Saya berada di stesen bas Greyhound pada 4 April lalu apabila televisyen di ruang menuggu menyiarkan berita langsung menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan ke pusat mencari di Perth, Australia diikuti dengan laporan tentang berita terkini tentant Penerbangan 370.

Dan di belakang saya ada perbualan diantara seorang wanita kulit putih dengan seorang lelaki kulit hitam tentang laporan itu. Dan dari cara dan apa yang mereka bincangkan, saya boleh agak yang mereka tahu tentang kejadian itu dan mengikutinya dari awal.

Tetapi mereka tidak buat sebarang kecaman. Mereka rasa simpati dengan semua pihak yang terlibat mencari pesawat itu dan lebih lagi ahli keluarga mereka yang maut dalam penerbangan itu.

Ya, media di sini tidak lagi menyebut Malaysia Airlines Flight 370 tetapi hanya Flight 370, supaya tidak galak ada pihak yang mahu tuduh Malaysia seperti seluruh Negara ini bersalah.

Dan tidak hairan juga kalau ada pihak di Hollywood seperti yang dilapor oleh akhbar hiburan, Variety, sebagai berkata bahawa ada penerbit filem di sana yang kini asyik menyiapkan persiapan mereka untuk terbit kejadian yang berlaku kepada Penerbangan 370 sebagai sebuah filem kelak.

Sebabnya ialah misteri disebalik kehilangan, dan usaha mencarinya mempunyai elemen drama yang amat disukai oleh Hollywood.

Kita tunggu sahaja apa yang berlaku dalam hal ini samada filem yang dicadangkan itu akan berlaku. Dan ini hanya boleh diketahui apabila semua maklumat disebalik 370 itu akhirnya diketahui secara sahih.

Dan dalam masa yang sama rancangan ‘Air Crash Investigation’ atau ‘Penyiasatan Kemusnahan Penerbangan’ terbitan History Channel yang juga disiar oleh Astro di Malaysia dihentikan buat sementara waktu.

Siri rancangan ini mengguna peristiwa kejatuhan pesawat sebagai episodnya.

Dan dalam usaha mencari bangkai 370 di Lautan Hindi, Amerika turut mengalami kejadian ngeri iaitu apa seorang veteran Perang Iraq telah mengamuk dan tembak mati tiga orang sebelum dia bunuh dirinya sendiri.

Ini diikuti dengan kejadian lempahan lumpuh di utara Bandaraya Seattle di Negeri Washington, yang menyebabkan kemusnahan yang besar, sehinggakan Universiti Washington telah mengenepi yuran untuk tahun depan untuk pelajar-pelajar yang terbabit dengan malapetaka itu, yang mana Presiden Amerika, Barack Obama menganggap sebagai malapetaka kebangsaan, dan mengarahkan bantuan dari agensi persekutuan diberi selain dari bantuan dari agensi negeri itu sendiri.

Dan ironinya juga ialah di Negeri Washington ini merupakan tempat dimana kilang membuat pesawat Boeing.







Comments