BODOHKAH DBKL KOSONGKAN PASAR KARAT DI LORONG BELAKANG DERETAN BANGUNAN KEDAI DIANARA JALAN PETALING DAN JALAN SULTAN DI KUALA LUMPUR?

Oleh Mansor Puteh


SEMUA BANDARAYA BESAR DI SELURUH DUNIA ADA PASAR SEPERTI ITU YANG DIPANGGIL ‘FLEA MARKET’; CUMA WARTAWAN BERKENAAN YANG BODOH TIDAK TAHU SEJARAH TENTANGNYA DENGAN MENULIS SESUKA HATI.

Saya ke pusat perniagaan barang-barang lama dan lunsor, yang dipanggil pasar karat di Jalan Petaling dan Jalan Sultan pada pagi Sabtu, 10 Mei, 2014 dan mendapatinya ia telah dikosongkan, dengan peniaga yang berada di situ hilang kecuali beberapa orang sahaja yang berlegar-legar di situ.  

DBKL sepatutnya tidak dengar komen wartawan yang menulis tentangnya dan mahu ia dirobohkan. Dia bukan orang pandai.

Dia tidak tahu semua bandaraya di seluruh dunia ada ‘flea market’ yang menjadi tarikan pelancong.

Ada perspektif sejarah dan sosiologi dan psikologi berkaitan dengan adanya pasar seperti itu. Kalau dia tidak tahu DBKL juga sepatutnya tidak patuh dengan cadangan jahat dia.

DBKL sepatutnya buat kajian tentang flea market sebelum ambil tindakan mengosong dan menghalau peniaga di pasar karat.

Saya sudah ke 40 buah negara dan saya selalu pergi ke pasar flea market untuk mendapat barang-barang yang tidak ada dikedai seperti sebuah buku sejarah Portugis dan Melaka yang saya dapat di flea market di Lisbon, Portugal November lalu dan saya hadiahkannya kepada Perzim atau Perbadanan Muzium Melaka yang tidak mempunyai buku berharga seperti itu yang diterbit di Portugal.

Dan ada bermacam-macam barang lama yang masih baik yang dijual di sana.

Dan semasa melawat Salt Lake City di Utah, Amerika, saya sempat pergi ke sebuah pasar pagi yang mirip pasar karat di Kuala Lumpur dan mendapati banyak gerai sementara dibuka di sebuah kawasan luas oleh pihak berkuasa bandaraya.

Apabila hari menjelang siang, ramai pengunjung telah datang dengan memandu kereta masing-masing dengan setiap pengunjung dikenakan bayraan satu dolar Amerika untuk masuk.

Saya tidak percaya wartawan yang bodoh tentang peranan flea market atau pasar pagi serta ‘boot sale’ atau ‘yard sale’ yang sering diadakan di Amerika, jadi tulisannya tidak mempunyai perspektif sejarah dan psikologi serta sosiologi.

‘Perniagaan’ seperti ini tidak memerlukan sebarang lesen. Ia sama seperti orang yang membeli besi buruk dan suratkhabar lama yang menjualnya kepada pembeli barangan terpakai untuk dikitar.

Dan pegawai DBKL dan mungkin Datuk Bandarnya juga yang tidak pernah menetap lama di luar negara, juga tidak peka tentang perkara ini.

Jadi mereka tidak perlu merendahkan martabat peniaga seperti itu. Ia adalah satu penghinaan kepada orang yang mahu meniaga disamping mengalak orang awam menghargai barang-barang lama mereka yang mereka tidak perlukan lagi supaya mereka dapat salurkannya kepada peniaga untuk diedarkan di pasaran.

Kalau ini tidak dilakukan, atau kalau sistem perniagaan seperti ini tidak wujud di Kuala Lumpur, maka semua barang-barang tersebut akan dibuang begitu sahaja dan akan dibuang ke dalam tong sampah.

Nyata sekali Datuk Bandar dan pegawai DBKL serta wartawan berkenaan dan pengarangnya memandang rendah kerjaya orang lain dan menghalau mereka dari pasar karat seperti mereka anjing. 

Oleh sebab itu mereka tidak menghargai pasar karat yang ditubuh secara spontan oleh peniaga barang-barang lama yang masih boleh diguna oleh orang lain.

Mereka juga tidak tahu bahawa pasar karat seperti itu yang mengajar masyarakat untuk tahu jaga dan guna barang-barang yang mereka ada, supaya mereka tidak membuangnya dengan sewenang-wenangnya walaupun ia masih berguna dan baik.

Dan mereka akan berinya kepada pihak-pihak tertentu atau menjualnya dengan harga murah supaya peniaga pasar karat dapat menjualnya kepada sesiapa yang berminat.

Inilah cara yang telah diguna oleh mereka di barat untuk menggalak orang awam supaya lebih menghargai barang-barang yang mereka milikki supaya tidak membazirkannya walaupun ia masih baik dan tidak pecah.

Malah ada peniaga yang bijak ambil atau kutip barang-barang lama dan pecah yang dibuang oleh pemilik asalnya dan baikkannya untuk diguna semula atau membuat barang-barang baru dari barang-barang yang telah rosak itu, dengan mengguna dayakreativiti yang mereka memilikki.

Jadi, kalau sesiapa pergi ke pasar karat yang terletak di lorong belakang kedai diantara Jalan Petaling dan Jalan Sultan, mereka akan mendapat melihat pelbagai jenis barang-barang lama dan juga baru dijual.

Kebanyakannya adalah barang elektronik dan ada juga buku lama yang adanya sukar didapati di kedai-kedai buku.

Masyarakat di Malaysia sekarang sudah menjadi masyarakat yang suka membazir; mereka beli barang-barang tanpa berfikir dan setelah jelak menggunanya, mereka akan buangnya untuk menjimatkan tempat dalam bilik atau rumah mereka yang kian sempit.

Perbuatan seperti ini sering berlaku di Singapura oleh sebab apartmen mereka hampir semuanya sempit dan mereka tidak ada ruang untuk membeli barang-barang yang baru tanpa membuang barang-barang lama.

Dan peniaga atau individu di Johor terdiri dari kalangan Orang Asli di sana sering pergi ke Singapura untuk beli barang-barang tersebut yang hampir kesemuanya adalah barang-barang yang tidak rosak lagi dan masih boleh dipakai.

Mereka membuka sebuah kawasan khusus untuk menjual barang-barang seperti itu yang telah menjadi tumpuan orang awam.

Tetapi tidak pula pihak berkuasa di Johor yang telah mengambil tindakan untuk merobohkan gerai-gerai yang dibina di tepi jalan, yang dibuka setiap hari dan tidak hanya pada hari Sabtu dan Minggu di pasar karat di Kuala Lumpur.   

Wartawan berkenaan kata peniaga tidak berlesen. Mana ada peniaga flea market berlesen di dunia? Kalau mereka perlu dapat lesen, berikan lesen kepada mereka.

Mereka boleh didaftar sebagai peniaga sah, dan tempat-tempat khas seperti di tempat letak kereta dan lorong belakang bangunan boleh diwartakan sebagai tempat khas dan khusus untuk dijadikan pasar karat di Kuala Lumpur dan perniagaan ini boleh diumumkan dalam laman web DBKL untuk pelancong dari seluruh dunia pergi ke sana.

Saya mahu DBKL memohon maaf kepada peniaga di pasar karat yang rata-rata orang Melayu sebab menghalau mereka dari berniaga secara sah dan halal, dan umumkan bahawa pasar karat itu akan disahkan dan dijadikan bahan tarikan pelancongan.

Jangan sampai ada orang kecam DBKL tidak peka dengan perkembangan di semua bandaraya besar dan utama di dunia yang menghargai peranan dan sumbangan pasar flea market mereka. Lihat sahaja dalam internet tentang flea market di Bandaraya New York, Lisbon, Paris dan sebagainya untuk mengetahui tentang peranan yang mereka telah beri sejak lebih 200 tahun dulu.

Dan saya cadangkan DBKL hantar pegawainya termasuk beberapa pengarang akhbar dan wartawan yang mengecam kehadiran pasar karat untuk belajar cara dan kenapa flea market di bandaraya tersebut diadakan.

Yang bodohnya ialah wartawatan berkenaan tidak kecam perniaga Cina yang rampas kawasan kaki-lima yang menghalang laluan orang awam dan tulis tentang kilang-kilang haram yang ada di seluruh bandaraya dan DBKL juga tidak ambil tindakan terhadap mereka semua. Kenapa? 

Dan pada 13 Mei lalu, pada hari ulangtahun ke-45 Kejadian 13 Mei, 1969, saya pergi ke Kampung Baru dan mendapati bahawa mereka kini mempunyai pasar karat yang dibuka pada awal pagi hingga tengah hari pada hari Sabtu dan Minggu.


Adakh DBKL akan tutupnya juga? Dan apakah DBKL juga akan suruh semua peniaga di luar Masjid Negara, Masjid Jamek dan Masjid Bukhari di Pudu yang dibuka khusus pada hari Jumaat, untuk ditutup? 

Comments