LIEW CHIN YAP – PENDERMA DARAH PALING BANYAK DI MALAYSIA YANG MENDERMA DARAH BUAT KALI KE-600 PADA HARI INI, 29 SEPTEMBER, 2020…DAN KLIP VIDIO ASTRO TENTANG PENDERMAAN DARAH YANG TIDAK KREATIF.

Oleh Mansor bin Puteh



Tanggal 29 September, 2020, Liew Chin Yap pergi ke Pusat Darah Negara (PDN) dengan sendiri, untuk menderma darah. Tanpa disedarinya dia menderma darah sebanyak 600 kali. Liew Chin Yap sebenarnya sudah lama mencatit rekod yang agak unik di Malaysia iaitu sebagai orang yang telah menderma darah paling banyak sekali diseluruh negara.


Derma darah adalah kerja sukarela; dan ia pula bukan seperti bidang sokan, bila orang anjur acara untuk melihat siapa yang menang dalam acara-acara yang ada; sedangkan menderma darah dilakukan dengan displin dan orang tidak boleh ‘menang’ mendapat tempat pertama dan pada ketika lain, orang lain boleh atasinya.


Derma darah platelet/plasma boleh dilakukan sekali dua minggu dan darah tepu tiga bulan sekali, jadi tidak ada factor bertarung di sini.


Orang yang menderma darah pula tidak rasa riak mahu capai kemenangan; mereka hanya mahu capai tahab kepuasan sendiri sebab telah menderma darah yang mereka pasti akan diguna sebaiknya untuk menyelamatkan sesiapa yang memerlukan tidak kira apa bangsa dan ugama mereka.


Dan pada 14 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada beri ucapan sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2020 bahawa ‘Penderma darah adalah wira negara’ atau dalam bahasa Inggeris – National Heroes’.


Ini pertama kali seorang perdana menteri beri ucapan sempena Hari Penderma Darah Sedunia dengan memberi kata-kata seperti itu.


Di Malaysia terdapat ratusan ribu rakyat yang telah menderma darah, tetapi sejumlah kecil sahaja yang menderma secara kerap, iaitu dua minggu sekali untuk menderma platelet dan/atau plasma.


Dan Liew Chin Yap telah bersungguh-sungguh menderma sejak muda lagi sehingga sekarang dan menjadi penderma darah terbanyak Malaysia.


Ia bukan sesuatu yang mudah dilakukan oleh sesiapa; ia memerlukan sikap dan semangat mahu bantu mereka yang memerlukan.


PDN sering beritahu khalayak dan dalam risalah bahawa setiap kali seseorang itu menderma darah dia ‘berjaya menyelamatkan tiga nyawa’. Jadi bayangkan berapa nyawa Liew Chin Yap telah berjaya selamatkan dengan menderma darah sebanyak 600 kali? Seribu-lapan ratus nyawa!


Dan yang menyedihkan usaha beliau tidak ditonjolkan dan beliau sendiri tidak diberi sebarang penghargaan, walaupun ini bukan hasratnya untuk mahu menderma.


Namun, fakta adalah fakta, dan catatan atau rekod yang beliau telah tunjukkan itu setidak-tidaknya diberi sedikit pengiktirafan.


Jadi saya berjumpa dengan beliau di PDN tadi untuk rakam sedikit vidio dan gambar semasa beliau datang ke PDN sehingga menderma darah untuk disimpan sebagai kenangan.

Tentu ada yang mahu tahu bagaimana Liew Chin Yap tertarik untuk menderma darah. Dia ikut saudaranya yang telah menderma dan terasa mahu juga derma. Tetapi dia masih belum berani untuk derma ketika itu dan terpaksa balik ke pusat derma darah untuk buat pendermaan kali pertama. Dan selepas itu beliau terus derma sehingga sekarang.

Saya juga pernah pergi ke tempat dimana beliau bekerja iaitu di Pasar Borong Selayang di mana beliau mempunyai sebuah gerai menjual sayur-sayuran yang ditanam sendiri. 

Saya tidak pasti ada sesiapa di seluruh pasar itu kenal beliau selain sebagai rakan penjual sayur-sayur seperti mereka dan tidak seorangpun yang sedar yang beliau adalah manusia yang agak lain dari mereka semua iaitu Liew Chin Yap, merupakan seorang pemegang rekod kebangsaan – dan dalam pendermaan darah.


Tentu ada mereka yang bekerja di pasar borong itu ada sesiapa dikalangan saudaranya yang telah menerima darah dari orang lain untuk pembedahan atau penyakit yang memerlukan mereka terima darah dari orang lain, dan sedikit darinya mungkin dari tubuhbadan Liew Chin Yap sendiri.


Sehari sebelum Yap menderma darah 600 kali, saya telah menderma sebanyak 559 kali, dan merupakan penderma kedua terbanyak di Malaysia. Dan saya sering melihat dia derma pada hari sama dengan saya tanpa saya dan dia bertegur sapa sehingga pada November, 2019 apabila saya, dia dan tiga orang lagi dijemput menerima sijil penghargaan oleh perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohammad dalam sebuah acara Kementerian Kesihatan yang diadakan di Shahalam. 


* * * * * * *


Dan di sini saya juga ingin sentuh tentang sebuah klip vidio terbitan Astro yang disiar sepanjang bulan Kemerdekaan dari 1 Ogos sehingga Hari Malaysia pada 16 September yang menunjukkan sekumpulan anak muda yang berpakai segak yang bercakap tentang penting dan perlunya untuk orang awam derma darah.


Ia sesuatu nasihat yang baik; tetapi malangnya, dari hampir sepuluh watak yang ditonjolkan ke dalam klip PSA atau ‘Public Service Announcement’ itu, tidak seorang dari mereka yang ditunjuk menderma darah. Jadi apa yang semua mereka dalam PSA itu cakap, mereka sendiri tidak lakukan.


Saya  ada hantar pesanan kepada mereka di laman Facebook, tentang perkara ini, tetapi mereka tidak jawab. Hasrat mereka untuk terbit PSA seperti itu pada setiap bulan Kemerdekaan menang bagus, tetapi hasil yang mereka tunjuk sebenarnya tidak kreatif; ia lain, tetapi tidak berkesan.


Sebabnya ialah syarikat yang mereka upah untuk terbit klip video satu minit itu tidak mendapatkan pakar atau mereka yang kenal dengan cara dan kenapa orang derma darah.


Jadi, untuk mereka yang tidak pernah derma darah atau yang tidak peduli bagaimana imej penderma darah dipaparkan dalam apa-apa klip PSA, klip yang disiarkan sebegitu lama tidak menarik perhatian mereka, sebab ramai tentu tidak tontonnya, dan kalau mereka tonton, mereka tidak peduli dengan apa yang mereka lihat atau tahu bagaimana menilainya.


Mereka masih tidak tahu tonjolkan isiu pendermaan darah secara kreatif dan berkesan; dan guna watak yang bercakap tentang menderma darah tanpa menunjukkan penderma. 


Yang sedihnya, klip PSA terbitan Astro itu sudah pasti dinilai oleh mereka di Pusat Darah Negara (PDN) yang meluluskannya, tanpa pegawai mereka sedar yang klip tersebut tidak berkesan.


Saya mahu tulis sedikit komen tentangnya tetapi saya tidak yakin ada akhbar yang mahu siarkannya. Kalau ia disiar tentu penerbit dan syarikat yang membuatnya akan melenting.


Malangnya juga, klip PSA yang saya buat untuk Finas sepanjang satu minit sehingga kini tidak disiar di televisyen; dan Finas beria-ia mahu saya dapatkan sijil Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang pertamakali saya lakukan, yang mengambil banyak masa. Tetapi akhirnya ia hanya membuang masa sahaja.


Pada awalnya Finas telah hantarnya ke RTM untuk disiarkan tetapi RTM mohon sijil LPF yang sebagai penerbit saya yang kena dapatkan.


Dulu LPF belum guna cara komputer ia amat mudah; saya hanya perlu isi borang dan bahan filem, dan mereka akan beri sijil tersebut. Tetapi kali ini mereka perlukan bermacam-macam surat yang saya kena dapatkan satu per satu dan terpaksa berulang-alik ke Finas dan ke pejabat LPF di Putrajaya.



Comments