DARI UTUSAN KE COLUMBIA UNIVERSITY…DAN TIGA DOKUMENTARI KHAS UNTUK BULAN MERDEKA DAN MALAYSIA.

Oleh Mansor bin Puteh



Saya sengaja pilih untuk buat latihan amali semasa belajar di Kajian Sebaran Am, di Institut Teknologi Mara pada tahun darri 1974 ke 1977 dan tidak di akhbar bahasa Inggeris.


Saya tidak sangka selepas tamat pengajian saya pilih untuk bekerja sebagai wartawan di Utusan Malaysia dan entah kenapa, pihak pentadbiran pilih saya untuk ke meja pengarang Utusan Melayu, sedangkan saya buta huruf dalam jawi. 


Sebenarnya, saya juga tidak sangka akan jadi wartawan secara tetap; ia berlaku oleh sebab saya gagal mendapat biasiswa atau pinjaman pelajaran Mara, dan terpaksa kerja sebagai wartawan di Utusan.


Pegawai Mara yang tahu bahawa Columbia University yang telah menerima permohonan saya untuk buat pengajian diperingkat Sarjana Seni Halus dalam bidang Pengarahan Filem, merupakan universiti ulung di Amerika yang dikenali sebagai universiti Ivy League – ia mempunyai lapan universiti dalam liga ini iaitu: Harvard, Princeton, Cornell, Yale, Columbia, Brown, Dartmouth dan UPenn.


Jadi pelajar yang masih belum tamat pengajian di ITM sudah diberi tempat oleh universiti Ivy League amat mengejutkan pegawai Mara dan mererka tidak fikir saya layak belajar di universiti seperti itu.


Namun semasa bekerja di Utusan saya berjaya merapati menteri-menteri berkenaan dan akhirnya saya diberi pinjaman Mara – dan akhirnya mencipta sejarah akademik kedua: Pertama berjaya mendapat tempat belajar di universiti Ivy League semasa masih belajar dan belum tamat pengajian di ITM dan kedua: Menjadi pelajar bidang perfileman pertama di universiti seperti itu.


Mungkin tanpa pengelaman bekerja di Utusan Melayu, saya tidak akan dapat pinjaman pelajaran Mara.


Olehsebab itu apabila dapat kesempatan saya terbit sebuah dokumentari khas tentang Utusan untuk Finas, berjudul ‘Utusan Warisan Bangsa’ yang akhirnya mencipta sejarah lain, itu merakam sejarah Utusan semasa ia masih kekal pada tahab asal yang pada masa itu tidak sesiapa sangka ia akan runtuh dengan bangunan pejabatnya di Jalan Utusan ditukar hakmilik.


Saya rakam dokumentari itu pada tahun 2011 semasa bangunan baru Utusan sedang dibina dan rakam kerja di pejabat pengarang yang tidak sesiapa pernah lakukan.


Dokumentari kedua yang saya buat ialah ‘Bertahun di Residensi’ tentang Tunku Abdul Rahman, dengan mengguna gambar-gambar peribadi dalam album anak saudara dan anak angkat Tunku, iaitu Syed Abdullah Barakhbah, yang juga merupakan abang ipar saya, yang berkahwin dengan kakak saya, Rokiah binti Puteh pada bulan November, 1963, atau dua bulan selepas Tunku mengistiyharkan penubuhan Pesekutuan Malaysia.


Saya masih ingat semasa isteri Tunku, Tun Sharifah Rodziah datang ke rumah bapak saya untuk acara peminangan iaitu semasa Tunku asyik cari jalan untuk tubuh Malaysia. Dan Tunku juga akhirnya datang ke rumah bapak saya di Bandar Melaka untuk upacara bersanding yang juga diadakan di Residensi dengan saudara saya dari Melaka diletakkan di Istana Tetamu.


Dan saya sempat menemui rumah sewa Tunku di Cambridge di England semasa Tunku belajar di sana dari 1916 hingga 1926 sehingga mendapat ijazah dalam bidang undang-undang.


Dokumentari ketiga ialah tentang masyarakat Portugis di Melaka yang saya amat kenal sebab pergi bersekolah di St. Francis’ Institution (SFI) yang kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah St. Francis dan saya rakam kegiatan kumpulan tarian dan muzik yang diketuai oleh Joe Lazaroo.


Malangnya dokumentari ini masih belum disiar oleh RTM, sehingga Joe Lazaroo meninggal dunia.


Dokumentari ‘Bertahun di Residensi’ telah disiar oleh RTM dan juga kepada pelajar di Universiti Nottingham di England dalam acara khas dengan saya menghadirinya untuk acara forum. 



Comments