Jalan lurus dan bengkok menuju ke Oscar…dan bagaimana rasanya berada di luar Dolby Theatre pada Malam Anugerah Oscar itu...
Oleh Mansor bin Puteh
Saya terpanggil untuk memberi
sedikit komen tentang kenyataan oleh Menteri KKMM, Saifuddin Abdullah tentang hasrat
kerajaan untuk mengalak pengarah filem tempatan untuk menang Oscar.
Jalan menuju ke Malam
Anugerah Oscar ada jalan yang lurus dan jalan yang bengkok menghala ke Oscar.
Ramai pengarah filem di Hollywood juga menghadapi masalah dan rintangan untuk mencapai
ke tahab dimana mereka akan mendapat pencalonan untuk Oscar dalam apa bidang
dan bukan untuk Filem Terbaik.
Dekan saya telah menang dua
Oscar untuk pengarah filem terbaik – Milos Forman untuk filem ‘One Flew Over
The Cuckoo’s Nest’ dan ‘Amadeus’.
Dia menangnya semasa saya
belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) sebelum saya lanjutkan pendidikan
diperingkat sarjana dalam bidang pengarahan filem di Columbia University di
Bandaraya New York ,
dan keduanya, semasa saya baharu sahaja pulang ke tanahair.
Saya pernah pergi ke lokasi penggambaran filem awalnya iaitu ‘Ragtime’ di Lower Manhattan dalam musim panas tahun 1980 dan dapat lihat rakan sedarjah saya turut terlibat dengan penggambaran filem ini.
Dan rakan sedarjah saya, Ron
Nyswaner pernah mendapat pencalonan Oscar untuk lakonlayar terbaik untuk filem
‘Philadelphia ’
yang mana pelakon utamanya Tom Hanks dapat anugarah Oscar.
Dan semasa dalam kuliah juga
pensyarah saya ada menang anugerah Emmy untuk penyuntingan dokumentari terbaik.
Tetapi di Amerika, mereka yang menang anugerah besar seperti itu jarang digempar-gempurkan, dan apabila pensyarah saya balik ke kelas keesokan harinya tidak seorangpun yang mengucap tahniah dan sekolah filem saya juga tidak ada sebarang acara merayai kemenangannya.
Malam Anugerah Oscar diadakan
pada awal bulan Mac atau April setiap tahun dan Malam Anugerah Oscar
ke-sembilan-puluh-tiga pula akan diadakan dua bulan lewat iaitu pada Jun, 2021
angkara serangan virus Covid-19.
Sepatutnya Saifuddin boleh
galak pengarah filem tempatan untuk menang anugerah Oscar untuk semua bidang
dan bukan khas untuk Filem Terbaik, sebab kemungkinan ini berlaku akan sukar.
Tiga tahun lalu (2017) saya
berdiri di luar Dolby Theatre melihat acara ‘karpet merah’ berlangsung.
Sehari sebelum itu, saya
pergi ke Dolby Theatre dan dapat masuk hingga ke pintu depan dewan itu yang
ditutup dan laluan menaikki tingga ke dewan itu ditutup dengan plastik berwarna
putih untuk menutup ‘karpet merah’ yang sebenarnya bukan berwarna merah; ia
kelihatan merah dalam televisyen apabila dipancar oleh cahaya tetapi unggu pada
mata.
Seluruh kawasan sekelilling
Dolby Theatre telah ditutup dengan pagar tinggi didirikan untuk menghalan orang
awam dari masuk ke dalamnya pada Malam Oscar dengan khemah dimana acara ‘karpet
merah’ diadakan telah dirikan.
Dan beberapa bulan sebelum
itu, dalam tahun 2016 saya sempat masuk ke dalam Dolby Theatre buat lawatan
dalam dan juga di belakangnya. Ada
gambar-gambar pelakon dan pembuat filem yang telah menang anugerah Oscar pada
tahun itu diletak atas kerusi di mana mereka duduk.
Untuk Malaysia idamkan
pengarah filem capai piala Oscar sebenarnya tidak sukar; apa yang perlu
diadakan ialah untuk pihak berkenaan adakan sedikit penyelidikan untuk mengkaji
jenis filem dan trend yang diterima dan disukai oleh pengundi Academy of Motion
Pictures Arts and Sciences (AMPAS) yang membuang undi untuk pilih pemenang
Oscar setiap tahun.
Kemenangan filem Korea
Selatan iaitu ‘Parasite’ berlaku tanpa sengaja; dan sudah pasti pengarahnya
tidak tahu yang filemnya akan mendapat pengiktirafan di Pesta Filem Cannes
sebelum diiktiraf pada Malam Oscar.
Dan adalah salah kalau
sesiapa kata untuk menang Oscar sesebuah filem itu mesti mahal.
Filem Iran berjudul, ‘A
Separation’ dan ‘The Salesman’ arahan Asghar Farhadi dan ‘Parasite’ arahan Bong
Joon-ho juga tidak kelihatan mahal dibuat.
Filem
Kos untuk menerbit filem ini
lebih rendah berbanding dengan kos penerbitan beberapa buah filem Malaysia ,
yang tidak ke mana dan ditayang di pawagam tempatan sahaja.
Masalahnya ialah filem Melayu
khususnya tidak ada perspektif falsafah berbanding dengan filem Iran
dan Korea Selatan itu.
Malahan kebanyakan filem
Melayu tidak ada cerita yang asal dengan kebanyakannya lebih merupakan cedukan
dari cerita dari filem Hollywood sendiri!
Kursus perfileman yang diberi
oleh universiti tempatan juga tidak tekankan perlu untuk tonjol cerita asal
dengan falsafah tebal yang tidak pernah wujud dalam Filem atau Sinema Dunia.
Dan dari sinopsisnya sahaja
pihak AMPAS sudah tidak tertarik dengan filem Melayu.
Akhirnya pilihan yang Finas
ada untuk mengalak pengarah filem tempatan untuk menang Oscar dengan memilih
jalan yang lurus atau jalan yang bengkok?
Kita boleh bertolak dari
gesaan dan hasrat menteri dan KKMM untuk melihat pengarah filem kita menang
Oscar dan kita juga tidak perlu untuk tunggu dua-puluh atau tiga-puluh tahun
untuk melihat sebuah piala Oscar dibawa ke Malaysia .
Malangnya Finas tidak
tergerak atau terfikir untuk mendapatkan kepakaran dan pengelaman dan juga
perhubungan mereka yang belajar filem di universiti di Amerika yang mana boleh
dijadikan rakan kongsi, untuk penerbitan filem-filem Malaysia
bertaraf Hollywood .
Finas sejak ditubuhkan dalam
tahun 1981, asyik melayan karenah mereka yang terdiri dari Sistem Studio di
Singapura yang mana sudah hilang sokongan dari studio dan tidak dapat berkarya
dengan kerap dengan Finas kini menjadi punca mereka untuk mereka terus
berkarya.
Malangnya, Finas telah juga
gagal untuk memberi golongan studio di Singapura itu sebarang kepuasan
disamping menolak kehadiran segolongan generasi muka pengarah filem yang pulang
berduyun-duyun dari Amerika, England dan juga Jepun, dengan mengadakan sesuatu
rancangan untuk mereka guna kepakaran dan pengelaman mereka dengan mendapatkan
rakan sedarjah mereka yang berasal di negara tersebut.
Pegawai Finas dan ahli
lembaga pengarah Finas ketika itu yang tidak ada latarbelakang formal bidang
filem buat kerja tanpa mengguna sebarang landasan; mereka asyik dengan kegiatan
Finas dan penglibatan pegawai dan penerbit filem untuk pergi ke pesta dan
pemasaran filem seperti di Cannes
yang sehingga kini tidak berjaya melahirkan walaupun seorang pengarah dan
penerbit filem bertaraf antarabangsa atau dunia.
Finas ketika itu tidak
bermula dengan landasan kukuh dan baik; ia asyik dengan diri sendiri, asalkan
menteri gembira dengan ‘prestasi’ mereka seperti yang tertera dalam laporan
tahunan Finas walaupun ia tidak seberapa dan tidak boleh dibanggakan, sebab
akhirnya apa yang rakyat perlu tahu ialah: Mana pengarah dan filem yang mereka
telah sokong untuk maju?
Finas dalam tahun 2020 ini
mempunyai sedikit kelainannya berbanding dengan Finas sebelum ini; dan
diharapkan kelainan ini akan dapat menghasilkan kejayaan yang juga lain dari
yang lain, walaupun belum ada pengarah filem yang menang Oscar.
Comments