MING LEE…PELAKON MALAYSIA PERTAMA DAN AKHIR DALAM DRAMA UTAMA ‘MISS SAIGON’ DI BROADWAY, BANDARAYA NEW YORK.

Oleh Mansor bin Puteh


Perkembangan teater di Malaysia kian rancak. Dengan pembinaan Istana Budaya menjadi tumpuan ramai penggemar teater di Kuala Lumpur dan negara telah memberi banyak peluang untuk pengiat menunjukkan bakat; dan sehingga kini terdapat banyak drama yang dipersembahkan dengan skala besar ala Broadway.


Dan dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa pelakon tempatan yang telah menempahkan nama mereka dalam bidang teater di pentas yang lebih gah dan bukan disebarang tempat – iaitu Broadway di Bandaraya New York.

‘Kalau anda tidak pernah menonton drama Broadway, anggaplah anda belum lagi sampai di Bandaraya New York!’ – kata ramai.

Tetapi kita belum lagi berani berkata ‘Kalau anda belum menonton drama di Istana Budaya, anggaplah anda belum lagi sampai di Kuala Lumpur!’

Ming Lee atau nama penuhnya Chan Ming Lye, berkelulusan bidang bahasa Inggeris di Universiti Malaya berhijrah ke London beberapa tahun untuk berusaha bergiat dalam bidang muzik, kemudian ke Montreal, Kanada dimana beliau memajukan bidang nyanyian dan muziknya dalam irama jazz.

Beliau telah balik dari London dan bekerja sebagai pensyarah bahasa Inggeris di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shahalam kini Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tetapi nasibnya berubah apabila dapat peluang mencuba bakat dalam bidang senilakon yang beliau sudah mulakan dengan terlibat dalam banyak drama bahasa Inggeris semasa belajar di Universiti Malaya (UM) lagi.

Dan beliau juga seangkatan dengan pelakon teater di UM seperti Mustafa Noor, Johan Jaafar, Mano Maniam dan ramai lagi.

Sekeping gambar yang beliau tujuk saya dirakam semasa acara tahunan sekolah rendah bila emak beliau mengadakan persembahan tarian Melayu dengan Ming memakai baju Melayu lengkap dengan songkok dan samping mengayunkan tarian joget.

Dan semasa di ITM juga saya terserempak dengan Ming, nama panggilan yang disenanginya, semasa beliau keluar dari kantin pensyarah di hadapan perpustakaan.

Tetapi Ming tidak sedar tentangnya sebab dia tidak kenal saya ketika itu, dan saya tahun dia mengajar di ITM dan pernah bertembung dengannya walaupun saya tidak tegur sapa dengannya. Dia kelihatan luarbiasa dan sering bersendirian sebab itulah cara dan gaya dia.

Dan tidak sangka juga saya akan bertemu dengan beliau lama kemudian setelah beliau habis berlakun dalam drama ‘Miss Saigon’ dan pulang bercuti di Malaysia beberapa bulan dan berlakon dalam drama pentas di Kuala Lumpur, walaupun beliau menetap di New York.

Berbalik kepada drama ‘Miss Saigon’ terbitan Cameron McIntosh, Ming berpeluang untuk mengujibakatnya untuk persembahan di Toronto, Kanada, tetapi pihak penerbit di Toronto fikir beliau lebih sesuai untuk persembahan di New York.

Dan watak yang Ming diberi bukan yang kecil seperti yang saya teka tetapi watak utama lelaki dengan peranan penting iaitu ‘Jurutera’ atau ‘The Engineer’. Dan ia adalah watak kacukan Vietnam dan Perancis.

Akhirnya Ming bersama dengan ‘Miss Saigon’ selama tujuh tahun dari sepuluh tahun drama ini dipersembahkan dari 1991 hingga 2001. Ming bermula terlibat dengan drama ini dari 1994 hingga 2001. Drama ini dipersembahkan di panggung ‘Broadway’ yang merupakan satu-satunya panggung teater di Times Square.

Ia bukanlah satu masa yang pendek; ia lebih sebagai pekerajaan tetap, yang sudah pasti dapat beri beliau sesuatu pengelaman yang luarbiasa sebagai pelakon dan juga pengamal teater yang dia telah ceburi sejak dalam bangku sekolah rendah lagi; yang disambung dengan lebih gigih semasa di Universiti Malaya selama empat tahun belajar di Jabatan Pengajian Inggeris.

Dan dengan ini Ming menjadi pelakon Malaysia pertama dan sehingga kini, juga yang terakhir berlakon dalam sebuah drama utama Broadway, dan dengan secara tidak langsung mencipta sejarah teater Malaysia.

Malangnya kejayaan Ming sehingga kini tidak lagi diiktiraf oleh mana-mana pihak termasuk Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan dan Istana Budaya.

Lebih malang lagi, pihak di Malaysia tidak mendapatkan pandangan dan nasihat dari beliau untuk majukan bidang teater di Malaysia dengan mengguna pengelamannya seamsa berlakon dalam drama ‘Miss Saigon’ dan beberapa lagi termasuk drama kecil di Off-Broadway.

Saya berpeluang untuk bercakap dengan Ming baharu-baharu ini dalam sebuah rumah usang dan terbiar di Pangsun, Hulu Langat, Selangor, di mana beliau selalu pergi untuk mendapat ketenangan dan mendapati pengelamannya amat luarbiasa, yang saya akan muatkan dalam sebuah buku tentang teater kita yang berjudul, ‘Ini sahajakah teater kita?’

Dan beberapa kali saya balik ke Bandaraya New York untuk urusan peribadi dan juga untuk jengok kampus saya di bandaraya ini iaitu Columbia University, saya sempat menumpang di apartmennya di Jalan 33 yang sama jalan dengan Bangunan Empire State, dan dari luar tingkap apartment di tingkat 20 kelihatan Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Saya pernah ke Bandaraya New York beberapa kali semasa drama ‘Miss Saigon’ dipersembahkan tetapi tidak sedar dalamnya ada seorang pelakon dari Malaysia. Kalau saya tahu tentang perkara ini, sudah pasti saya mahu menontonnya walaupun harga sekeping tiket agak mahal.

Sebelum ini saya pernah menonton sebuah drama besar Broadway iaitu ‘Evita’, dan itupun untuk persembahan ‘matinee’ pada hari Minggu yang mengenakan harga tiket yang tidak begitu mahal berbanding dengan tiket pada persembahan biasa.

Mungkin dalam usianya yang ketujuh-puluh Ming boleh dikatakan tidak begitu aktif lagi dalam bidang teater dan muzik jazz, tetapi pengelamannya dalam kedua bidang ini di negara luar iaitu England, Kanada dan Amerika dan berlakon dalam filem, masih berguna kalau pihak di Malaysia rasakan beliau boleh beri sumbangan pandangan dan juga tenaga untuk bantu bangunkan kegiatan teater.

Mungkin suatu pengiktirafan dapat diberi kepadanya, memandangkan pengelamannya berlakon dalam ‘Miss Saigon’ yang melatakkan namanya ke tahab yang paling utama dikalangan pelakon teater Malaysia tidak dapat dinafikan adalah sesuatu yang amat luarbiasa dan yang mungkin tidak akan dapat diatasi ataupun disamai oleh mana-mana pelakon kita.

Beberapa kumpulan teater dari England dan Amerika telah bersinggah di Istana Budaya untuk buat persembahan teater yang pernah dipersembahkan di Broadway dan West End, yang mana mendapat sambutan dari kalangan di Kuala Lumpur sebab mereka sudah pasti tidak akan dapat menontonnya semasa ia dipersembahkan di dua pusat teater paling terkenal itu.

Dan buat setakat ini, tidak ada apa-apa kemungkinan drama ‘Miss Saigon’ akan turut dibawa ke Istana Budaya.

Tetapi apa yang saya boleh cadangkan di sini ialah untuk Ming melakonkan watak ‘The Engineer’ di Istana Budaya sebagai suatu persembahan solo sebab wataknya hanya berhubung dengan watak lain dalam ‘Miss Saigon’ dalam bentuk nyanyian yang sudah pasti boleh menjadi suatu jenis persembahan yang lain dari yang lain; atau diiringi oleh watak-watak sampingan untuk menyerikan lagi babak-babak dalam drama ini yang menonjolkan watak The Engineer.


Comments