MUZIUM HAMBA ABDI (SLAVERY MUSEUM) DI THE ALBERT DOCK DI BANDARAYA PERLABUHAN LIVERPOOL DI ENGLAND:

BERANIKAH MALAYSIA ADAKAN MUZIUM PENDATANG DARI NEGERI CINA DAN INDIA UNTUK MELENGKAPKAN PENCERITAAN TENTANG KEDATANGAN KAUM INI KE TANAH MELAYU?
Oleh Mansor Puteh



SESIAPA SAHAJA YANG PERNAH MELAWATI BANDARAYA PERLABUHAN LIVERPOOL DI ENGLAND SUDAH PASTI AKAN MAHU MELAWATI MATHEW STREET ATAU JALAN MATHEW.

APA YANG ADA DI SINI?

DI SINILAH DIMANA TERLETAKNYA KELAB HIBURAN BAWAH TANAH YANG BERNAMA ‘THE CAVERN’.

Dan di sinilah dikatakan fenomena muzik dunia bermula – dengan persembahan awal yang diberi oleh kumpulan The Beatles dengan empat anak muda dari bandaraya ini mendendangkan lagu jenis yang tidak pernah didengar oleh anak muda seluruh dunia.

Jadi tidak hairanlah maka pemilik kelab ini mahu kekalkan nama dan suasana asal sehingga kini.

Tempatnya tiga tingkat dibawah tanah. Ia adalah ruang menyimpan minuman keras atau ‘cellar’.

Tetapi ada sebuah tempat lain di bandaraya yang sama yang turut menarik perhatian pelancong dan pelawat seluruh England dan dunia.

Ia adalah Muzium Hamba Abdi atau Slavery Museum terletak di Albert Docks, di sebuah perlabuhan zaman lama yang kini telah dijadikan pusat pelancongan.

Tentu suasana di sini sibuk suatu ketika dahulu dengan terdapat begitu banyak kapal perdagangan yang berlabuh di sini.

Dan di bandaraya ini juga terdapat ramai kelasi dan anak kapal Melayu yang telah mendarat dan menjadikannya tempat tinggal mereka sehinggakan ramai yang berkahwin dengan gadis tempatan dan memulakan kehidupan baru mereka.

Ada Kelab Melayu di Liverpool pula.

Saya sempat ke bandaraya ini Mac lalu dan berpeluang untuk melawat ke kedua buah tempat ini yang menyimpan banyak rahsia dan sejarah tempatan dan antarabangsa.

Di perlabuhan inilah dimana banyak kapal membawa anak muda keturunan Afrika yang diculik oleh syarikat hamba abdi Inggeris dan Amerika untuk dijualkan kepada tuanpunya ladang kapas di selatan Amerika sebagai hamba mereka.

Kebanyakan mereka berugama Islam dari negara-negara di bahagian barat Afrika.

Dan dalam Muzium Hamba Abdi ini dipamirkan bermacam-macam barang yang berkaitan dengan pengelaman mereka, dengan gambar dan bahan-bahan dari kapal tersebut.

Di sebuah dinding terdapat gambar-gambar orang keturunan Afrika yang kini terkenal di Amerika dan England yang mana dikatakan terdiri dari cucu dan cicit hamba abdi dulu.

Terdapat ramai tokoh dalam semua bidang yang disenaraikan dalam muzium ini termasuk presiden Amerika, Barack Hussein Obama.

Tetapi ini bukan fakta benar; dia bukan terdiri dari hamba abdi. Bapanya berasal dari Kenya telah pergi ke Amerika dalam tahun 1960an dahulu untuk belajar di Universiti Havard di Massachusetts. Dia tidak diculik dan dibawa ke Liverpool dan dihangkut ke Amerika untuk bekerja sebagai hamba di ladang kapas di selatan Amerika.

Dan yang begitu ketara sekali ialah tidak pula terdapat gambar penyanyi Michael Jackson yang sudah pasti mempunyai keturunan yang merupakan hamba abdi.

Dan tidak hairan kalau terdapat ramai pelawat tempatan keturunan Orang Putih sendiri yang gemar melawati ke muzium ini.

Mereka ingin tahu serjarah hamba abdi di England dan Amerika.

Bermacam-macam perkara dan pengelaman serta fakta yang dapat kita perolehi dari mengunjungi muzium ini.

Dan orang di England tidak pula rasa tersinggung dengan ditubuhnya muzium ini. Mereka yang keturunan Afrika di negara ini dan di Amerika tidak pula kecam dengan pihak tempatan yang tubuhkannya.

Malah muzium ini menjadi daya tarik yang penting untuk Bandaraya Liverpool sebab tanpa kisah dan peristiwa tentang hamba abdi, maka sejarah bandaraya ini tidak lengkap.

Dan oleh sebab itu rakyat mereka keturunan Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak tersinggung dengan penceritaan tentang kedatangan nenek-moyang mereka ke England dan Amerika. Ia adalah fakta dan fakta tidak kejam; ia hanya membuka minda dan pemikiran.

Dan fakta seperti ini mewarnai sejarah negara tersebut sehinggakan penduduk kaum minority Kulit Hitam dapat hidup dengan aman.

Dan merekalah yang sering berasa bangga dengan sejarah hamba abdi mereka sendiri tanpa segan silu.

Malah pelawak Amerika Bob Hope pernah berjenaka di khalayak ramai dalam sebuah rancangan hiburan yang disiar ke seluruh negara bahawa penghibur keturunan Afrika yang terkenal ketika itu iaitu Sammy Davis ‘mempunyai lebih banyak rantai padanya berbanding dengan keturunannya’.

Sammy dan penonton Kulit Hitam dan Kulit Putih lain tergelak. Mereka tidak tersinggung.

Yang boleh tersinggung dengan lawak dan komen seperti ini adalah diantara mereka yang menolak sejarah dan tidak mempunyai pemikiran terbuka dan yang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

Merekalah yang mempunyai sikap perkauman yang tidak boleh terima hakikat.

Tentu tidak ramai rakyat Malaysia yang pernah melawati Muzium Hamba Abdi di Liverpool untuk mengetahui dan memahami akan kesannya terhadap pembentukan pemikiran terbuka rakyat di England.

Apa pula pelajaran yang boleh kita di Malaysia pelajari dari muzium ini? Sanggupkah kerajaan dan Muzium Negara menubuhkan sebuah muzium khas tentang kedatangan kaum Cina dan India supaya pelawat dan orang awam tahu akan sejarah kedatangan mereka sebagai kaum pendatang yang terpaksa tinggalkan kampung mereka sebab mereka keboloran.

Ada beberapa sebab lain kenapa orang Cina terpaksa melarikan diri mereka dari kampung mereka, dan sebab-sebabnya adalah oleh sebab mereka mahu mencari rezeki di negara lain di wilayah yang mereka panggil ‘Nanyang’ atau Negara-Negara Selatan Laut’ atau Nusantara Melayu atau Tenggara Asia.

Ramai anak muda Cina mati dalam perjalanan dalam tongkang dan jongkong. Mereka yang selamat mendapat belas-kasihan dari orang Melayu di Indonesia, Brunei dan Malaysia, sehinggakan mereka diberi peluang untuk maju dalam kehidupan mereka, supaya mereka tidak rasa resah dan mahu bunuh diri.

Ada yang telah bunuh diri sebab mereka dapat bergaul dengan orang Melayu.

Inilah sedikit-sebanyak kisah sejarah kedatangan orang Cina ke Nanyang. Dan kisah kedatangan orang India tidak banyak berbeza.

Sudahkah negara kita begitu maju dan rakyatnya mempunyai fikiran terbuka untuk terima penubuhan Muzium Kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu?

Ramai orang bukan Melayu di Malaysia khususnya menjadi keliru sebab mereka tidak tahu tentang sejarah kedatangan nenek-moyang mereka ke Tanah Melayu; mereka rasa seperti mereka tidak ada sejarah zaman silam yang boleh dipelajari untuk membentuk keperibadian mereka.

Mereka juga tidak tahu apakah sumbangan dan sokongan orang Melayu kepada nenek-moyang mereka dulu yang telah menyebabkan mereka itu menjadi mewah dan selesa sehinggakan mereka tidak mahu balik ke Negeri Cina sendiri.

Ketika itu Negeri Cina bukanlah sebuah negara yang maju. Rakyatnya tertindas dan menderita dan keboloran. Itulah yang menyebabkan mereka lari dari Negeri Cina untuk datang ke Tanah Melayu dan Nusantara Melayu untuk selamatkan diri mereka sendiri.

Dan walaupun mereka boleh pilih untuk kembali ke Negeri Cina, mereka enggan membuatnya dan menuntut menjadi rakyat Malaya atau Malaysia sekarang bila negara tersebut mencapai kemerdekaan.

Malah sekarangpun tidak ramai orang Cina di Malaysia yang sanggup balik ke Negeri Cina. Mereka hanya sanggup buat lawatan ke sana beberapa hari dimana mereka rasa terpinggir dan asing.

Tetapi kenapakah orang Cina di Malaysia khususnya mempunyai sikap dan pemikiran yang tidak sama seperti orang Cina di negara lain di Nusantara dan seluruh dunia?

Adakah ini disebabkan mereka tidak tahu dengan sejarah kedatangan nenek-moyang mereka ke Tanah Melayu dan bagaimana orang Melayu di sini telah menyebabkan mereka itu menjadi maju?

Comments