TARIAN PENDET: RAKYAT MELAYU-ISLAM TIDAK MUNGKIN AKAN TERTARIK DENGAN TARIAN INI.

…IA TARIAN PURA HINDU-BALI YANG MENDEDAHKAN AURAT WANITA.
Oleh Mansor Puteh



(This is my first essay in Bahasa Melayu.)

Perbalahan seperti ini ini sudah pasti menguntungkan pihak yang mahu orang Melayu dan Islam berbalah. Atau apakah ini yang mereka merancangkan dari belakang?

Tidak banyak orang di Malaysia yang pernah dengar dengan nama tarian ini. Pendet. Ia tidak mungkin akan dapat dilakukan oleh orang bukan Indonesia, sekarang ini dengan sikap kedekut sebilangan mereka yang sudah pasti akan membuat orang lain rasa jemu dengan kebudayaan dan kesenian Indonesia, dan tidak akan tertarik dengannya dan untuk tidak melawat ke Pulau Bali lagi.

Sekumpulan kecil masyarakat di Jakarta yang menempek dan mengugut mahu mencederakan rakyat Malaysia di Jakarta yang mereka mahu ganyang, sudah pasti member tamparan kepada kepimpinan politik, intelektual dan ugama di Indonesia yang langsung tidak menyanggah tindakan dan kenyataan anak buah mereka yang rata-rata mempunyai rasa perasaan amat benci dan keliru dengan perbalahan yang dicetus mereka yang tidak ada asas langsung.
Jadi tidak salah kalau ada orang lain atau pihak ketiga yang fikir seperti kepimpinan Indonesia seperti setuju dengan tindakan puak kecil ini.

Sebab masakan mereka yang membawa buluh rencong di khalayak ramai tidak diberkas oleh polis sebelum mereka mencederakan sesiapa?

Undang-undang di Indonesia juga boleh dipersalahkan sebab tidak mempunyai peruntukan untuk mengawal perasaan yang sedemikian rupa.

Jadi, tidak hairanlah pengeboman berlaku di hotel terkemuka di Jakarta dan di kelab hiburan di Kuta, Bali.

Perlu diingat, tarian seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kumpulan tari di Malaysia. Ia nyata sekali khusus dari Bali dan hanya dilakukan oleh kumpulan kesenian di sana, dan tidak lain.
Malah apabila kumpulan tarian dari Bali datang ke Malaysia untuk membuat persembahan ini, mereka selalunya akan menukar jenis pakaian mereka supaya ia tidak mendedahkan tubuh badan penari wanita yang sering mendedahkan bahu dan lengan.

Jadi mustahil untuk mana-mana kumpulan tarian di Malaysia yang akan tertarik dengan persembahan ini yang hanya biasa dilakukan sebagai acara keugamaan Hindu-Bali dan di Bali sahaja.

Oleh sebab itu, kenapa agaknya ada sekumpulan kecil rakyat di Indonesia yang berang dan anggap Malaysia mahu curi jenis kesenian mereka.

Tindakan ini langsung tidak masuk akal, walhal, tidak ada mana-mana kumpulan tarian di Malaysia yang membuat persembahan ini secara terbuka dan tidak pula sesiapa di Malaysia yang pernah mengaku ia adalah tarian Malaysia.

Jadi apa yang berlaku di Jakarta bila ada sekumpulan rakyat Indonesia yang menjadi marah dan mahu cederakan rakyat Malaysia di sana, ia amat menggelikan hati. Ya, ia menggelikan hati, sebab ternyata tangapan dan pandangan orang di Indonesia sebenarnya tidak berasaskan akal dan fikiran yang waras, dari kumpulan pemikir dan cendiakawan mereka, tetapi dari sekumpulan kecil anak-anak yang mahu berpesta di jalan dengan membawa tombak dalam bentuk buluh rencong.

Mereka kononnya mahu jaga kesenian mereka supaya ia tidak dicuri. Siapa yang mahu mencurinya? Malaysia ada kebudayaan dan keseniannya yang tersendiri.

Ia tidak perlu mencuri bahan kesenian dari negara asing.

Malah Indonesia yang telah sering mencuri bahan kesenian dan kebudayaan dari negara lain.

Contohnya ialah lagu dangdut, nyata bukan berasal dari Indonesia; ia adalah dari India!
Dan ugama Hindu-Bali berasal dari India juga.

Malay ugama Islam yang dianuti oleh ramai orang di Indonesia juga tidak berasal dari Indonesia tetapi dari negara Arab.

Malah pakaian yang diguna oleh penunjuk perasaan di Jakarta adalah pakaian barat. Mereka tidak memakai kain batik dan blakon.

Mereka guna perkataan Inggeris, ‘Sweeping’ dan bukan ‘menyapu’.

Dan mereka tidak cuba untuk menahan pelancong ke Bali dan seluruh Indonesia dari membeli baju batik dan barang-barang pertukangan yang dijual di kedai cenderamata di Kuta dan seluruh Indonesia.

Mereka rasa bangga orang asing memakai baju batik. Mereka juga rasa bangga mahu ajar mereka membuat lukisan batik.

Jadi kenapa mesti rasa berang kalaupun ada orang bukan Indonesia yang berminat untuk membuat tarian ‘pendet’?

Sepatutnya Indonesia rasa bangga ada orang bukan Indonesia yang berminat dengan kebudayaan dan kesenian mereka?

Orang Jepun tidak melarang orang lain bermain judo, karate dan membuat origami dan bermain sudoko.

Orang barat tidak marah dan berang kalau ada orang lain memain lagu rentak jazz dan rock.

Orang di Jerman tidak marah orang di Amerika mengambil makanan berger mereka dan jadikan makanan harian orang Amerika sehinggakan mereka dapat membuka serangkaian restoran di seluruh dunia yang menjual makanan ini yang ternyata sekali berasal dari Hamburg.

Masyarakat Cina dan India di Malaysia mengadakan persembahan kesenian mereka, dan Negara Cina dan India tidak melarangnya.

Sepatutnya, rakyat Malaysia yang berasal dari Indonesia juga masih boleh membuat persembahan tarian Jawa sebab mereka boleh melakukannya dimana-mana mereka berada.
Tidakkah bagus kalau tarian pendet itu, sebagai contoh menjadi sebuah tarian yang diamal oleh orang yang bukan dari Indonesia juga supaya ia menjadi sebuah jenis kesenian sejagat atau unviersal?

Dan ini akan bererti bahawa kesenian dan kebudayaan Indonesia juga sejagat dan tidak terpencil.

Rokok kretek berasal dari Indonesia. Dan ia dieksport ke seluruh dunia. Kenapa tidak sekat penjualannya di negara luar?

Pendatang tanpa izin dari Indonesia yang dengan rela datang ke Malaysia dan kebanyakannya secara seludup, juga perlu disekat untuk menjaga mereka dari membawa kebudayaan dari Indonesia ke Malaysia.Sebab kalau sebilangan kecil mereka mendapat kerakyatan Malaysia dimasa akan datang, sudah pasti mereka juga ada hak untuk mempamir dan mengamalkan kebudayaan dan kesenian mereka.

Malah, kalau ada puak dari Bali yang menetap di Malaysia juga boleh mengadakan persembahan pendet, dan akhirnya ia akan diserapkan ke dalam kebudayaan umum Malaysia juga.
Sama seperti tarian naga yang diamalkan oleh kaum Cina di Malaysia yang didatangkan dari negara asal.
Dan orang India di Malaysia juga mengamal kebudayaan dan kesenian mereka, tanpa kedua buah negara asal mereka menempek.

Malah, negara asal mereka harus rasa bangga kebudayaan dan kesenian mereka disebarkan ke seluruh dunia.
Sama juga orang Indonesia harus rasa bangga kalau ada orang asing yang mahu memakai baju batik mereka dan menubuhan kumpulan untuk membuat persembahan tarian pendet, kecak dan lain-lain.

Dan tarian ini akan senantiasa dianggap sebagai warisan dunia yang berasal dari Indonesia. Ia tidak dianggap seperti dicuri. Ini perkataan kasar dan kesat – maling – dalam bahasa Jawa yang seharusnya tidak diguna oleh mereka yang berfikiran waras; ia hanya diguna dijalan dan tidak di dalam kabinet atau dewan perundangan.

Indonesia, seperti semua negara lain ‘maling’ bahan kebudayaan dan kesenian dari Barat seperti senilukisnya; seperti tarian moden, muzik rock atau batu dan lain-lain, tanpa segan-silu.

Malah banyak perkataan Belanda dan Inggeris diserap ke dalam bahasa Indonesia, termasuk ‘sweeping’ yang diguna oleh puak jalan itu.

Akhir sekali saya fikir dan agak bahawa mereka yang menepek di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta itu kemungkinan terdiri dari mereka yang tidak pernah datang ke Malaysia sebagai pelancong atau pekerja, secara sah maupun haram.
Dan kemungkinan besar juga, mereka rasa iri hati dengan rakan dan saudara mereka yang pernah dan sedang berada di Malaysia yang berjaya menikmati kehidupan yang mewah berbanding dengan mereka.

Ini adalah perspektif psikologi yang ada asas, sebab tidak mungkin mereka yang pernah bekerja di Malaysia mahu menempek di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kalau mereka pernah mendapat faedah dari Malaysia.
Dan masalah ini juga bertolak dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang tidak berbuat sebarang apa untuk mencari jalan bagi merapatkan perhubungan diantara rakyat Malaysia dan Indonesia.

Masalah yang sama juga harus disalahkan kepada pihak Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur yang turut tidak mengambil sebarang tindakan untuk berbuat demikian.

Kedutaan Besar Malaysia dan Indonesia di Jakarta dan Kuala Lumpur, gagal menjalankan tanggung jawab mereka.
Dan walaupun Duta Besar Indonesia di Malaysia diberi anugerah ‘Tan Sri’, apa sangat jasanya kepada usaha merapatkan perhubungan diantara dua negara?

Akhir sekali, perbalahan kecil ini telah sudah pasti berjaya memberi kesenangan kepada pihak Cina dan Barat di Indonesia yang sebelum ini menjadi tumpuan puak kecil jalanan ini.

Comments