SINGAPURA: DARI KESULTANAN ISLAM-MELAYU KE REPUBLIK. – BAHAGIAN I.

…BILA JUMLAH MELAYU MENJADI KURANG, NEGARA SENDIRI DIAMBIL ORANG.
Oleh Mansor Puteh.



SULTAN SINGAPURA PERTAMA, SULTAN HUSSAIN SHAH DISINGIR – APA IKHTIBAR YANG BOLEH DIPELAJARI DARI PERISTIWA INI?

INILAH NASIB MALANG SULTAN SINGAPURA YANG PERTAMA.

IA ADALAH SEBUAH KISAH YANG BOLEH DIJADIKAN TELADAN, SEBAB IA ADALAH SEBUAH PERISTIWA PENTING UNTUK BANGSA MELAYU DI NUSANTARA MELAYU…BUKAN SAHAJA TENTANG BAGAIMANA SEORANG SULTAN MELAYU BOLEH DISINGKIR BILA JUMLAH BUKAN MELAYU BERTAMBAH DAN KUASA EKONOMI MEREKA MENINGKAT.

Tetapi ia boleh dijadikan iktibar untuk Orang Melayu di Malaysia dan diseluruh Nusantara Melayu supaya peristiwa yang sama tidak berulang lagi khususnya di masa sekarang.

Ia adalah juga tentang bagaimana Inggeris dan Belanda yang mahu pecahkan Nusantara Melayu atau Dunia Melayu di Tenggara Asia sejak berzaman-zaman dahulu. Mereka gagal untuk melakukannya.

Kedua kuasa Barat menyebar ugama mereka, tetapi gagal untuk menguasainya kecuali Filipina yang dulunya sebuah kesultanan Melayu dan Islam tetapi kini sebuah republik dengan kebanyak penduduk berugama katholik, dengan segelintir Islam-Melayu terhumban di sebuah daerah kecil di selatan negara dan terbiar tanpa sebarang pembangunan yang ketara.

Sebelum ini, mereka telah memecah-belahkan Dunia Arab dengan menuduh mereka bermazhab Sunni dan Syiah. Maka, orang Arabpun bergaduhlah sehingga sekarang. Yang rugi mereka. Dan yang untuk adalah Barat dan Yahudi.

Jadi cara ‘bahagi dan pecah’ atau ‘divide and rule’ ini diguna sebaik mungkin untuk melagakan Umar Islam dan Orang Melayu sesame sendiri, dengan membawa kaum asing sebagai penyendal bagi menwujudkan perbalahan yang tidak berakhir sehingga kini.

Jadi, al-kisah Sultan Singapura itu tidaklah sia-sia. Ia memberi banyak pengajaran yang harus disedar oleh semua Orang Melayu sekarang.

Tetapi, mujur Bangsa Melayu khususnya di Malaysia dan Indonesia tidak terikut-ikut dengan apa yang mahu dilakukan oleh Inggeris dan Belanda bila mereka menandakan perjanjian pelik bernama Perjanjian Inggeris-Belanda atau ‘Anglo-Dutch Treaty’ dalam tahun 1824 bila mereka dengan sendiri memilih negara mana yang mereka mahu taklukki.

Inilah satu perbuatan kejam yang telah hampir memusnahkan Bangsa Melayu dan Dunia Melayu yang sehingga mereka datang, menyaksikan perhubungan erat dengan perdagangan yang dilakukan yang menguntungkan semua pihak. Malangnya, kerakusan Inggeris dan Belanda itu telah memporak-perandakan Dunia Melayu.

Kemuncak usaha kuasa penjajah Barat itu ialah Konfrantasi yang dialami oleh Malaysia dan Indonesia dalam tahun 1960an. Mujur kita mempunyai tokoh seperti Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri Malaysia dan Mohammed Sukarno sebagai presiden Republik Indonesia yang telah dapat mententeramkan keadaan sehingga dapat membawa keamanan di antara kedua buah negara. Maka oleh itu kuasa penjajah Barat itu gagal.

Tetapi kesan mereka masih dapat dirasakan sehinggakan sekarang apabila kaum pendatang yang mereka telah bawa dari negara-negara luar dari Nusantara seperti tidak serik dan masih mahu mencari pasal. Ini berikutan dengan kenaikan tahab ekonomi mereka dan kuasa politik yang diberi kepada mereka oleh kita yang telah membuat mereka terlupa asal-usul mereka.

Usaha Inggeris dan Belanda pasti akan gagal juga walaupun mereka tidak memainkan peranan langsung, tetapi oleh sisa-sisa peninggalan mereka itu.

Itulah maka perlunya untuk Bangsa Melayu di seluruh Nusanatara Melayu bersatu dan menwujudkan persefahaman dalam semua bidang dan tidak sahaja untuk meraikan ketua pemimpin mereka sahaja. Ia harus dilakukan dalam semua peringkat dan melibatkan kegiatan sosial, kebudayaan dan ekonomi serta ugama.

Sultan Hussain Shah, atau dikenali sebelum ini sebagai Raja Hussain Muazzam Shah ibn Sultan Mahmud Riayat Shah III (1761-1812) dari Riau atau Tengku Long (Tengku Sulong) Raja Hussain Shah, atau Raja Long yang ditabalkan sebagai Sultan di Padang di Singapura pada 31 January, 1819.

Munshi Abdullah yang pernah bekerja sebagai pencatit untuk Stamford Raffles di Melaka dulu, datang ke Singapura dalam bulan Jun, 1819 untuk menyambung bekerja dengannya, juga sebagai pencatit. Oleh sebab itu Munshi Abdullah tidak dapat menyaksikan upacara yang berlangsung di Padang pada 31 Januari lalu.

Bagaimanapun, dia telah diberitahu tentang apa yang telah berlaku oleh rakan dan kenalannya yang telah menyaksinya. Munshi Abdullah juga tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Inggeris. Dia tahu satu hari nanti, Sultan Singapura akan disingkirkan dan Singapura akan dikuasai oleh bukan Melayu.

Enche Yahya, pencatit untuk Kolonel William Farquhar membaca pengistiran yang telah dibaca dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai Inggeris, ‘Adalah dimaklumkan bahawa Governor-General Lord Hastings di India telah melantik Yang Teramat Mulia Raja Hussain Muazzam Shah sebagai Sultan Singapura yang pertama dan semua tanah jajahanya, dengan gelaran Sultan Hussain Muazzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Mahmud pada hari ini, 31 haribulan Januari, 1819.’

Jenazah beliau sekarang disemadi di sebuah makam sederhana di penjuru tanah perkuburan dalam kawasan Masjid Trengkerah di Melaka, terbiar dan langsung tidak dikenali oleh sesiapa. Cuma sebuah papan tanda sahaja yang menulis tentang riwayat hidupnya. Sedangkan dia adalah watak penting dalam sejarah awal Singapura.

Malah Istana Kampung Gelam di Singapura yang sekian lama didiami oleh kerabatnya, kini sudah diambil alih oleh pihak berkuasa di Singapura dan dalam tahun 2002 ia telah diubahsuai untuk dijadikan Pusat Warisan Melayu atau Malay Heritage Center.
Kisah riwayat hidup Sultan Hussain Shah amat menyayatkan hati. Ia adalah kisah bagaimana Inggeris dan Cina mengusir seorang Sultan Melayu dengan begitu mudah.

Caranya ialah dengan memperbanyakkan jumlah orang Cina yang didatangkan dari Selatan Negeri Cina sehingga jumlah penduduk asal Melayu di situ menjadi kecil dan dengan ini kuasa politik mereka hapus begitu sahaja.

Comments

ahmed ben balla said…
tak pernah aku tgk kaum pendatang di seluruh dunia tak fasih berbahasa tempatan kecuali malaysia,ini semua komplot..mula mula buat orang melayu benci bahasa sendiri,kemudian benci bangsa sendiri,akhir sekali benci agama sendiri..
Anonymous said…
nak buat macam mana kalau umno tu sendiri talibarut inggeris!
Anonymous said…
tak boleh juga nak salahkan si kafir-kafir laknat tu, memang agenda kafir menjahanamkan islam & yang melayu lak meninggalkan islam jadikan islam sebagai kulit saja. kafir-kafir memanglah tak nak angkat sesapa yang berfikiran islam dan nak hidup bersyariah sebagai pemegang tampuk pemerintahan dan tak mahu si kafir inggeris menjadikan melayu majoriti dibumi sendiri. lalu mereka kafir-kafir penjajah tu menggulakan,memuji, membuai ayun, mengadu domba dan me'renovated' raja/sultan/sultanah/para kerabat/memanda menteri/para bangsawan /temengung/laksamana yang rendah nilai islamnya sedangkan kelumpuk itulah menjadi kepercayaan orang melayu untuk mengangkat martabat islam dan melayu. malangnya atas kerendahanan iman & ilmu islamnya kelumpuk tersebut jadi lah mereka talibarut si kafir inggeris dan penggubal dasar yang tak berlandaskan islam dan tidak berpihak kepada islam. untuk meminoritikan melayu jauhkan melayu dari islam, bawa masuk pendatang-pendatang kafir, letaklah segala bentuk hiburan yang mengkhayalkan, melayu diayun dendangkan dengan hiburan dan keseronokan dunia.
gembira ria lah si kafir-kafir berjaya gula-gulakan rakyat jelata melayu islam melalui kelumpuk tadi dengan kemerdekaan. kelumpuk yg disebut itulah diangkat dan dimahsyurkan nama seantero dunia & kelumpuk yg disebut itulah juga mewarisikan & melahirkan & memanjang apa yang ada sekarang kerendahan moral melayu yang beragama islam. kafir inggeris dah berambus melayu masih tertimbus. Hanya satu nak selamatkan melayu iaitu selamatkan ISLAM, bersatu kerana Allah, ISLAM agama Allah.Melayu dah tak ada apa dah di bumi sendiri kecuali islam yang kian menipis. Bangkit Islam bangkitlah Melayu. Cemerlang ISLAM cemerlanglah melayu. Terbukti kegemilang Melaka kerana kekuatan ISLAM, kegemilang Kaum Quraisy,Turki, Andalusia,Iraq,India,Cina & seangkatan kerana kekuatan ISLAM. Senang cerita, ikut lah apa yang Maha Pencipta perintahkan, pasti Melayu selamat dan tak terus diperbodohkan. ... BILA ISLAM MELAYU ABAI, MELAYU DAN TANAH MELAYU TER'BYE-BYE'
ain said…
salam,
boleh tak saya bertanya di sini..bagaimana untuk membuat tuntutan harta di Istana Kampung Glam. Saya daripada Malaysia.

Tk
ain said…
Terima kasih kerana membantu..
Perlukan bantuan